Tiada ambulans yang ‘available’, pemandu e-hailing terkejut diminta hantar jenazah

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang pemandu teksi e-hailing berkongsi kisah mengerikan dan menyebabkan kebimbangan dalam pengalamannya,

ketika diminta untuk menghantar jenazah ke satu lokasi, dilaporkan oleh akhbar Suryamalang kelmarin.

Menurut pemandu tersebut, pelanggan meminta agar jenazah itu diletakkan di tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan pemandu. Alasannya, jenazah itu kaku.

Tiada ambulans yang 'available', pemandu e-hailing terkejut diminta hantar jenazah

“Bayangkan pada pukul 12 tengah malam saya menerima pesanan seperti ini,” katanya di platform X.

Dia kemudian berkongsi tangkapan skrin perbualan mesej bersama pelanggannya. Individu tersebut meminta bantuan pemandu untuk membawa jenazah.

Dalam perbualannya, pelanggan tersebut menjelaskan bahawa dia memesan perkhidmatan teksi e-hailing kerana tidak ada ambulans yang tersedia untuk menghantar jenazah itu di kawasannya.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi penghantaran jenazah tersebut dan keadaan selepas pemandu itu sampai di destinasi.

BACA: 50 tahun lalu, Timb Mufti negeri ini pernah izinkan transgender berkahwin? Ini kisahnya