Ini yang jadi pada kenderaan anda bila mileage dah sampai 99999.9

Oleh ISMAIL YAHYA

Seperti yang kita sedia maklum, meter dashboard kereta dilengkapi dengan pelbagai simbol atau indikator yang mempunyai pelbagai fungsi untuk memberi notifikasi kepada pemandu.

Sekiranya anda seorang pemandu yang sentiasa memandu, tentu anda sudah biasa dengan simbol-simbol yang terdapat pada meter kereta anda. Salah satu indikator yang penting adalah jarak tempuh atau mileage.

Indikator ini tidak hanya terdapat pada kereta, tetapi juga pada motosikal dan kenderaan bermotor lain.

Ini yang jadi pada kenderaan anda bila mileage dah sampai 99999.9

Bacaan mileage digunakan untuk menunjukkan sejauh mana kenderaan itu telah bergerak berdasarkan bacaan meter. Ia juga menjadi panduan kepada pemandu untuk menukar minyak pelincir atau minyak enjin kereta.

Namun, pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku jika bacaan meter mencapai digit maksimum iaitu 99999.9? Jom ikuti perkongsian di bawah.

Apa Yang Berlaku Apabila Meter Mileage Mencapai 99999.9?

Menurut Suzuki, odometer berfungsi untuk memaparkan jarak tempuh sesebuah kenderaan sejak dari awal penggunaan dalam indeks kilometer (km).

Sebagai contoh, jika odometer menunjukkan angka 20560, bermakna kenderaan itu telah menempuh jarak 20,560 kilometer. Tetapi, apa yang akan berlaku jika odometer mencapai angka maksimum?

Menurut Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta, Dr. Jayan Sentanuhady, odometer yang mencapai bilangan maksimum akan kembali kepada sifar atau 0.

Ini berlaku sama ada odometer itu bersifat digital atau analog. Jumlah maksimum yang dipersoalkan adalah apabila semua digit menunjukkan nombor 9.

“Apabila semua digitnya 9, ia kemudian akan kembali kepada sifar semula,” kata Jayan.

Motor Atau Kereta Kembali Baru Ke Lepas Meter “0”?

Walaupun odometer kembali kepada 0.0, bukan bermakna motosikal atau kereta anda telah menjadi kenderaan baru. Kenderaan akan terus berfungsi seperti biasa.

Adakah Ini Memberi Kesan Sampingan Terhadap Kenderaan?

Menurut Jayan, pengguna tidak perlu bimbang kerana hal ini tidak memberi kesan kepada motosikal atau kenderaan lain.

Ini kerana odometer hanya berfungsi sebagai panduan untuk mengetahui berapa jauh kenderaan telah bergerak dan penunjuk apabila penyelenggaraan kenderaan perlu dijalankan.

“Tiada kesan pada kenderaan itu,” jelas Jayan.

BACA: “Cukup lah anak 3 orang, aku menyesal berpantang sendiri, tengah mandi anak menangis ingatkan suami tolong, rupanya ini yang dia buat”