Terjawab sudah kenapa penjawat awam tiada bonus raya Aidilfitri tahun ini

Oleh GEMILANGDAILY

Tiada bonus bagi kakitangan kerajaan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa melawat Bazar Ramadan Mahkota Square baru-baru ini.

Beliau menerangkan bahawa wang tambahan sebanyak RM2,000 yang diberikan sebelum ini adalah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah, untuk skim persaraan akan naik lagi.

Terjawab sudah kenapa penjawat awam tiada bonus raya Aidilfitri tahu ini

“Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu (adalah) untuk raya sekalilah tu,” katanya lagi.

Pada 15 Mac yang lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menyeru kerajaan supaya memberikan bantuan kewangan istimewa kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat memohon agar kerajaan meneruskan tradisi memberi bantuan khas sempena perayaan seperti yang dilakukan selama 10 tahun.

Pada masa yang sama, Anwar menjelaskan bahawa kerajaan baru-baru ini meluluskan insentif awal dalam kajian sistem saraan perkhidmatan awam sebanyak RM2,000 pada 28 Februari yang lepas.

“Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.

“Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji,” katanya.

Baca:“Mak mertua sibuk suruh aku beranak ramai, aku pun apa lagi terus sembur dia, aku tak nak anak aku tak cukup makan macam suami aku kecil dulu”