Muat naik poster drama lama, Shukri Yahaya pula jadi mangsa Fathia Latiff

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Fathia Latiff, seorang pelakon yang sering menjadi tumpuan kontroversi baru-baru ini, sekali lagi menarik perhatian warga maya dengan memuat naik poster drama lama beliau di Instagram.

Dalam hantaran itu, Fathia berkongsi poster drama “Dia Isteri Luar Biasa”

Yang menampilkan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama bersama beliau.

Muat naik poster drama lama, Shukri Yahaya pula jadi mangsa Fathia Latiff

Tindakan itu mengundang kebimbangan daripada ramai peminat dan pengikutnya yang merasakan dia sepatutnya berhati-hati mengambil tindakan tersebut berikutan kontroversi sebelum ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nur Fathia (@fatiyalatiff)


Menurut netizen, Shukri Yahaya kini menjadi ‘mangsa’ seterusnya selepas Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

Banyak yang memberikan nasihat kepada Fathia agar berhenti membuat kontroversi dan tidak mengganggu rumah tangga Shukri Yahaya dengan tindakannya itu.

Namun, ruangan komen dalam hantaran tersebut telah ditutup oleh Fathia tidak lama kemudian.

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi drama “Ariana Rose” ini mengumumkan bahawa dia tidak akan memaafkan sesiapa yang menghina beliau, dan mengancam untuk meninggalkan agama Islam jika terus diserang.

BACA: Terjawab sudah kenapa penjawat awam tiada bonus raya Aidilfitri tahun ini