Jam 1.30 pagi gigih cari rezeki, usaha pemuda jual burger dari meja ke meja dipuji netizen

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Tak dapat dinafikan bahawa ramai orang di Malaysia terpaksa bekerja lebih masa demi mendapatkan wang untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang semakin sukar.

Sebuah video di TikTok menjadi tular memaparkan seorang pemuda dengan gigih menjual burger buatannya sendiri di sebuah tempat di ibu kota.

Cara penjualan pemuda tersebut tidak seperti peniaga burger lain yang biasanya membuka gerai kecil di tepi jalan.

Jam 1.30 pagi gigih cari rezeki, usaha pemuda jual burger dari meja ke meja dipuji netizen

Sebaliknya, dia mengambil inisiatif untuk bergerak dari meja ke meja para pelanggan di sebuah restoran bagi mempromosikan makanan tersebut.

Dia juga membawa beg galas untuk mengisi burger yang dijual sambil menegur beberapa pengunjung yang berjalan di kawasan itu dan menunjukkan kertas iklan yang dipegang. Pemuda itu, yang sentiasa berseri wajahnya, nampak tenang walaupun ada orang yang menolak untuk membeli produknya.

Pengguna TikTok @abgmuliadi yang memuat naik video tersebut memuji usaha pemuda yang menjual burger itu. Dia turut menegur pemuda tersebut dan membantu mempromosikan burger yang dijual.

@abgmuliadi Tahniah anak muda, jam 1.30pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang2 jual burger meja ke meja. #rajin #ramadhan2024 #raya #motivasi #burgerlover #burgerboys #hidupnikeras ♬ Sad and lonely – MoppySound

“Tahniah kepada anak muda ini, pada jam 1.30 pagi dia masih gigih mencari rezeki. Tidak mudah menjual burger dari meja ke meja,” kapsyen video itu.

Dalam ruangan komen, warganet memuji usaha pemuda tersebut menjual burger seawal 1.30 pagi. Mereka berkata burger yang dijual itu sedap dan pemuda itu sebelum ini pernah membuka bisnes shellout, namun kedainya sudah ditutup.

“Murahnya burger homemade dengan harga seperti itu!” tambah seorang lagi.

BACA: “Suami gembira bila aku tak balik rumah, tak sangka satu hari ini yang berlaku buat aku menyesal