KK Mart di Tanjung Malim dilempar bom buatan

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Tanjung Malim, mengalami kejadian yang mengkhianati kepercayaan .

Apabila seorang individu melemparkan botol yang diduga mengandungi minyak tanah atau gasolin.

Menurut laporan Harian Metro, penyiasatan mendapati terdapat serpihan botol kaca serta bahan letupan seperti mercun di lantai KK Mart tersebut, menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

KK Mart di Tanjung Malim dilempar bom buatan

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.35 pagi tadi sebelum seorang pekerja wanita berumur 20 tahun membuat laporan polis.

Wanita tersebut menemui serpihan kaca botol dengan bau gasolin dan bahan letupan yang menyerupai mercun.

Walau ‘bom’ yang dilemparkan di depan kedai tersebut tidak mengakibatkan kebakaran atau kemusnahan kedai, namun terdapat bau gasolin dan bahan letupan yang dipercayai mercun di tempat kejadian.

Pihak polis sedang melakukan siasatan untuk menjejak suspek mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Kami sedang menyiasat kes ini dengan teliti, termasuk melalui rakaman CCTV serta kenderaan yang digunakan oleh suspek. Mengenai bilangan suspek, kami masih dalam proses penyiasatan dengan menggunakan rakaman CCTV,” kata Mohd Yusri.

Walaupun ramai yang tidak puas hati dengan KK Super Mart, undang-undang tetap berkuasa di Malaysia. Apabila melakukan kesalahan, tindakan undang-undang akan diambil.

BACA: “Suami bawa balik perempuan lain, katanya anak angkat nak tumpang sebab praktikal, satu hari tiba-tiba kak ipar call suruh balik”