Gara-gara nak berbuka sambil ‘healing’, tindakan individu jadi punca jem undang makian netizen

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Selain berbuka di rumah, ramai yang memilih untuk menikmati suasana berbuka puasa di luar, seperti di dataran, kawasan lapang, di tepi tasik, dan sebagainya untuk mencipta pengalaman yang berbeza.

Selagi tidak menghalang laluan, amalan ini biasanya diterima tanpa masalah di mana-mana.

Walau bagaimanapun, beberapa video telah tersebar yang menunjukkan barisan kenderaan dan motosikal di atas lebuh raya menjelang waktu berbuka puasa. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Gara-gara nak berbuka sambil 'healing', tindakan individu jadi punca jem undang makian netizen

Dalam video tersebut, dapat dilihat segelintir individu dengan tenang meletakkan kenderaan mereka di atas lebuh raya dan menyediakan tempat duduk untuk berbuka puasa.

Ada yang bahkan meninggalkan kenderaan mereka dan pergi ke kawasan lapang berdekatan yang sudah penuh, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan mengganggu pengguna lain.

Tindakan ini tidak hanya menyebabkan kesesakan yang serius, tetapi juga memaksa pihak polis untuk turun ke lokasi untuk meminta mereka beredar dengan segera.

@haikkalomaq_ Bagan tak rilekk 🔥 #fyp ♬ original sound – MKM14


Difahamkan bahawa kenderaan-kenderaan tersebut diparkir di atas lebuh raya seawal waktu berbuka puasa hingga awal pagi, satu perkara yang sangat membimbangkan dan berbahaya jika dibiarkan berterusan.

Berikutan kejadian ini, netizen telah mengkritik tindakan segelintir individu yang mementingkan kepuasan diri sendiri dengan berbuka puasa di lebuh raya hanya kerana ingin mencari kelainan.

Ramai juga menasihati agar mereka mencari tempat yang lebih sesuai dan pentingnya tidak mengganggu orang lain seperti yang berlaku di lebuh raya.

Menurut laporan terkini, pihak polis Pulau Pinang telah mengambil perhatian terhadap isu ini dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

BACA: “Alhamdulillah perkataan pertama lepas dicerai suami, jadi isteri yang tak pernah dianggap isteri, tak tahan asyik kena maki je”