Salah satu daripada pasangan kembar siam yang terkenal, Abigail Loraine Hensel dan Brittany Lee Hensel, dilaporkan telah berkahwin pada tahun 2021.
Abigail, yang lebih dikenali sebagai Abby Hensel, yang berusia 34 tahun, dilaporkan telah berkahwin dengan seorang veteran tentera
Amerika Syarikat, Josh Bowling, dalam satu majlis tertutup pada tahun 2021.
Gambar perkahwinan Abby turut dikongsi oleh pasangan kembar tersebut di media sosial mereka.
Abby dan kembarnya, Brittany Hensel, mula meraih populariti selepas muncul dalam rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show pada tahun 1996.
Dilahirkan sebagai kembar ‘dicephalic parapagus’ pada 7 Mac 1990 di Minnesota, masing-masing mengawal separuh badan bagi memudahkan mereka mengendalikan pergerakan tangan dan kaki.
Mereka memiliki ketinggian berbeza dengan Abby setinggi 1.57 meter berbanding Brittany yang hanya 1.47 meter.
Pasangan yang merupakan guru ini berkongsi semua organ termasuk usus, pundi kencing, dan organ pembiakan.