Susunan ayat mungkin berterabur sebab aku menulis dalam keadaan tengah menangis sambil cuba untuk tidurkan baby.
Hari ni hari ke 30 aku bersalin. Orang melayu kata, hari ke 30 berpantang.Aku pilih untuk berpantang di rumah sendiri, disebabkan mak aku dah uzur. So aku tak nak menyusahkan dia.
Sebab ni anak kedua, aku yakin aku boleh hadap dengan suami aku kalau aku bersalin normal.Namun, takdir menentukan aku perlu menjalani emergency czer sebab fetal distress.
Lepas aku ditolak ke wad, bermula episod “hampir murung” aku. Aku perlu baring selama 6 jam.
Nurse cakap waktu melawat nanti suruh suami aku tolong duduk kan aku sebab waktu tu dah cukup 6 jam.
Aku tunggu suami aku datang, dia tak datang. Katanya letih ulang alik hantar anak pertama ke rumah ibunya.
Aku pun iyakan saja. Mengalir air mata cuba untuk duduk.
Nak muntah berkali kali tapi aku telan balik sebab sakit sangat.
Tengok katil katil sebelah ada suami masing masing melawat. Aku buat buat tidur ja.
Lepas discharge wad, suami pilih untuk tidur di bilik lain dengan anak pertama.
Katanya takut anak pertama ganggu aku. Maka jaga la aku sorang sorang.
Baby pulak jenis high demand baby. Kena dukung sentiasa. Letak je menangis, letak je menangis.
Bila mak aku call untuk tanya khabar, aku cakap aku ok. Padahal, aku tak ok. Mental aku hampir collapse.
Aku nak mandi, minta suami tengok baby sekejap. Masa mandi, dengar baby melalak.
Aku cepat cepat mandi, aku tengok suami aku boleh pandang ja budak tu. Tak reti pujuk dia kata.
Sekarang ni suami dah tidur sebilik dengan aku. Itu pun lepas aku menangis berkali kali sebab letih jaga baby, sakit tempat czer lagi.
Tapi nama je tidur sebilik, tapi aku yang jaga baby sepanjang malam.
Ye tahu baby menyusu badan. Kalau baby terjaga tengah malam sebab lapar ke berak ke, aku saja yang bangun.
Suami aku? Tidur seawal 9.30malam. Katanya mengantuk bila cuba tidurkan anak pertama.
Rutin ni sama saja setiap hari.
Dari awal bersalin, aku ada minta suami aku belikan bantal menyusu. Sebab aku memang ada slip disc dan bertambah sakit bila aku menyusu dalam keadaan duduk.
Tapi sampai ke harini suami aku “lupa”.
Kelam kabut dia search dalam lazada tadi lepas aku mengamuk.
Aku boleh beli sendiri, tapi aku berharap suami aku boleh tolong belikan sebagai tanda dia support aku.
Dan hari ni, aku cakap dekat diri aku, cukup lah anak kita 2 orang.
Aku penat. Mental aku penat, fizikal aku penat.
Pagi pagi aku minum air kosong je sebab tak da apa untuk dimakan. Lepastu aku masak untuk makan tengahari, itupun ayam goreng atau sup ayam saja.
Petang anak balik taska, aku masak kan untuk anak nasi goreng. Itu pun nasi goreng telur saja.
Makanan suami aku? Dia tengah diet so dia makan makanan yang dia buat saja.
Makan malam aku? Aku terlalu letih untuk makan malam, 7.30 malam – 10 malam lebih baby akan meragam.
Hari hari macam tu, so aku tak da masa untuk masak makanan untuk aku. Lepas baby tidur baru aku ke dapur minum air.
Suami aku? Macam aku cakap, anak pertama duk lompat lompat atas katil masa aku tengah struggle tidurkan baby, suami aku boleh berdengkur.
Bila aku kejut, dia boleh cakap dia tak tidur, tengah fikir.
Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk jaga anak anak aku.
Semoga Allah bagi aku kesihatan yang baik supaya anak anak aku tak terabai.
Semoga Allah bagi aku kesabaran semaksima yang mungkin supaya anak anak aku dapat kasih sayang aku.
Aku cakap dekat suami aku, pergi lah balik rumah mak dia.
Aku letih nak jaga dia. Aku nak jaga diri aku juga.
Reaksi Warganet
Tipah Adelyn –
Yang gak paham tu suami confessor boleh pandang jer baby nangis then kata tak reti???
Ya Allah rasa nak back hand jer brader tu!! Berzikir tipah, berzikir.
Confessor , pedulikkan laki tu pandai dia la nak urus diri sendiri. Focus utk recovery diri sendiri.
Tak salah pun minta bantuan mak tu. Dapat pak datang tengok keadaan dua, tiga hari sikit banyak rasa ada moral support tu.
Sebab tu mak kita. Kita perlukan sokongan moral daripada mak, sebab suami tu macam tak function nambah luka di hati jer.
Semoga urusan dipermudahkan. Ingat senang ke nak urus baby, dengan keadaan fizikal yang lemah lagi tu.
Emosi cedera teruk ni, mesti tak cukup rehat.
Aida Md Daud –
Ambik confinement lady untuk bantu. Suruh suami bayar
Jangan lupa pasang Mirena untuk 5 tahun contraception. Perempuan ni ramai yang cakap tak nak dah mengandung selepas mengalami keperitan proses bersalin tapi tiada merancang kehamilan. Tiba tiba mengandung lagi .
Menjaga kesihatan mental dan badan ibu adalah sangat penting demi menjaga dan membesarkan bayi dengan baik.
Syamilah Rosli –
Saya memahami perasaan puan. Saya ada seorang ank high need.
Jadi suggestion saya, beli buai electric, bedungkan anak letak dalam buai + white noise..
Tolong letak ke tepi masalh baby berbuai ni nanti susah nak jalan ke apa lah, toksah duk pikir tang tu..
High need hanya akan stop lepas 3 bulan, jadi ini salah satu solution saya bagi untuk tenangkan puan, supaya puan dapat berehat..
Percaya lah, saya dodoikan anak tanpa buai buatkan luka czer saya sedikit terbuka. Rezeki saya masa tu sepupu bagi buai, terus buaikan anak.
Untuk makanan, tolong laa minta suami at least cari orang masakkan makanan pantang, atau upah saudara mara/kawan kawan terdekat untuk hantar makanan.
NuRaz Wan –
Cari cara nak dapatkn sesuatu dengan lebih mudah, order dengan grab food dan minta suami bayar.
Kata kalau tak nak bayar, biar dia buat sendiri, masak atau pergi beli sendiri. Begitu juga bahan bahan lain..
Kadang kadang pengharapan kita pada pasangn ni, tinggi sangat. Harap dia masak untuk kita masa dalam pantang.
Sedangkan sebelum ini, sekali pun dia tak pernah masak. Nak minum air segelas pun, harap kita hantar sampai kelutut ..
Sayang fikir lebih elok, kalau puan berpantang dirumah ibu puan dari awal.
Walau dia tak kuat untuk buat kerja, tapi dia boleh tegur/tunjuk apa yang boleh kita buat, dari pengalamannya.
Hati pun tak sakit , tengokkn suami yang ada macam tak ada saje. Lepas ni, jangan lupa ambil perancang ya..