Aliff Syukri buat hal! Bonda Rozita sedih 10 malam terakhir dicemari klip lagu tak ‘senonoh’

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri untuk mengeluarkan single raya baru bertajuk Love Raya telah menimbulkan rasa kurang senang ibunya, Rozita Ibrahim.

Mengulas mengenai lagu yang dinyanyikan oleh anak lelakinya tersebut, Rozita, yang berusia 60 tahun,

Beliau meminta agar Aliff segera memadam video muzik (MV) tersebut kerana dianggap terlalu berlebihan dan menjijikkan.

Aliff Syukri buat hal! Bonda Rozita sedih 10 malam terakhir dicemari klip lagu tak 'senonoh'

“Dikhuatiri tidak disenangi ramai, jangan biarkan diri menjadi contoh orang Islam yang tidak mengamalkan nilai-nilai Islam. Tolong padamkan video tersebut.

Rozita membuat teguran tersebut di platform Instagram pada hari Isnin.

“Mana perasaan malu? Di mana letaknya martabat? Jangan memalukan ibu, hentikan sekarang… jangan buat lagi lagu raya,” katanya melalui hantaran di Instagram pada hari Isnin.

Sebelum itu, Aliff telah memuat naik klip MV lagu tersebut yang menunjukkan sekumpulan lelaki menari dengan gerakan yang dianggap kurang sopan.

Sementara itu, Rozita mengakui bahawa hidupnya menjadi tidak tenang selepas menonton rakaman MV tersebut.

Dia juga menyatakan bahawa tindakan Aliff seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan kurang peka dengan situasi yang sedang berlaku di Gaza.

“Mak hidup akhir-akhir ini, sangat tidak bahagia… jika ini cara yang dipilih, lebih baik orang memperhina mak di dunia ini.

“Sepuluh malam terakhir kita mencari Lailatul Qadar, namun kamu pula melancarkan video muzik bodoh ini.

“Di Gaza, mereka sedang berhadapan dengan kemiskinan, kemarau yang berpanjangan, dan ujian Allah yang tidak henti-henti, kamu tidak takut?” ujarnya.

BACA: “3 bulan duduk rumah mertua rasa macam 3 tahun lamanya, dah macam banduan zaman perang jepun! Makan pun kena catu”