Anak syarikat Kedah Agro Holdings Berhad, yang merupakan subsidiari Perbadanan Menteri Besar (MBI), didakwa tidak membayar gaji kakitangan selama sembilan bulan.
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang kakitangan anak syarikat kepada aktivis politik dan Ketua Penerangan Siswa Keadilan, Wan Hadi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,
tidak dapat mengelak dari kaitannya dengan isu ini kerana syarikat GLC tersebut dikatakan berada di bawah kendaliannya.
Kini tular pula surat buang kerja penyelia di Kedah AGRO, menurut surat yang tular itu juga tidak menyatakan secara terperinci berapa tunggakan gaji dan pampasan yang bakal diterima.