“Baru kaya sikit dah berlagak semenjak join MLM, bila aku nasihat dia dah kena tipu dia melenting, sudahnya aku biar je dia kena tipu, rasakan!”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Salam semua.. Aku Lili dan aku ada sorang kawan bernama Nana, bukan nama sebenar. Aku tak pandai nak bercerita sangat,

Tapi disebabkan tadi aku tertengok fb “Sahabat” aku tu, aku jadi teringat kisah awal – awal kami masuk kerja dulu.

Untuk pengetahuan, kami kerja government tapi bukan ni yang aku nak highlight kan, sebab cerita aku ni berkaitan, jadi aku kena bagitau.

"Baru kaya sikit dah berlagak semenjak join MLM, bila aku nasihat dia dah kena tipu dia melenting, sudahnya aku biar je dia kena tipu, rasakan!"

Aku pendekkan cerita. Habis je sebulan orientasi kami dapat rumah kuarters, biasa 1 rumah ada 3 atau 4 orang macam tu. Dalam rumah aku ada 3 orang semuanya, aku, Yaya dengan Lala.

Aku dengan Nana mula berkawan rapat sejak dia datang kat rumah aku, minta nak duduk sekali dengan aku alasannya budak serumah dia tak suka dia, dorang macam pulau dia, yela budak rumah dia semua orang Johor dia sorang orang luar.

Tapi aku dengan g3ng dorang tu memang baik je, tak pernah pulak aku tengok dorang macam tak suka aku ke apa ke sedangkan aku dengan si Nana ni satu negeri. Jadi bagi aku isu ke’negeri’an ni tak de pun.

Tapi sebab nampak dia macam str3ss dan kesian jadi aku tanya pendapat kawan – kawan rumah aku yang lain, semua setuju je dia tinggal sekali dengan kami.

Mula dari situ la aku dengan Nana ni mula berkawan baik, boleh katakan kawan baik giIa – giIa la, pergi mana – mana pun mesti sama – sama. Dah jadi kawan sebilik sebantal sehati sejiwa dunia akhirat la orang kata. Aku pun dah anggap dia macam adik beradik lah.

Tapi tu semua tak lama pun, semua musn4h sebabkan MLM. Si Nana ni bagi aku bukanlah manusia tak bijak, tapi dia boleh kena tipu senang – senang je dengan orang yang dia baru kenal. Kenal pun melalui media sosiaI.

Macam mana boleh kantoi dengan aku? Sebab satu hari tu aku perasan dia bawa balik banyak barang – barang macam jam, perfume dan banyak lagi la. Dia tunjuk kat aku, dia kata dia nak mula buat bisnes. Aku tanya bisnes apa?

Dia kata nak buat bisnes dengan barang – barang yang dia bawa balik tu, senang buat duit, kena cari orang bawah dia je. Aku dah mula rasa pelik, aku tanya la dah check ke belum company tu, memang betul wujud ke? Dah try search dan tanya – tanya orang ke?

Dia kata dah pernah pergi dekat office dorang, jadi company tu memang wujud. Aku tak puas hati la, giIa apa boleh buat duit senang – senang macamtu. Aku tanya Nana, nama company apa? Dia jawab tak tau la nama dia pelik sikit nak sebut.

Jadi aku ambik kotak perfume dia, aku tengok nama company dan aku terus buat carian kat Google, Facebook semua. Dan ternyata firasat aku betul, sah la Nana ni kena tipu. Aku pun tunjuk kat dia, ramai dah yang kena tipu tapi dia tak percaya. Dia m4ki kan aku, h1na mak aku masa tu juga.

Dia cakap kat aku yang aku dengki dengan dia dan ayat dia yang aku tak boleh lupa adalah, “Tak guna sembahyang cukup 5 waktu, puasa tak tinggal, malam – malam bangun solat sunat, nampak macam alim tapi niat nak tutup periuk nasi orang.

Ehh orang yang aku baru kenal lagi elok per4ngai dari kau, baik.. Siap pakai purdah lagi.

Aku nak tanya, kalau kau dengar orang cerita kat kau yang mak kau skandal dengan jantan lain, kau marah tak? Macam tu la aku rasa sekarang, rasa s4kit hati sebab kau buat fitnah kat aku dan kawan baru aku”. Dengar je dia kata macamtu, terus aku rasa mendidih sampai kepala wehh.

Tapi aku cuba sabar lagi, aku kata kat dia, “tak guna tua – tua pun b0doh kan? Dah ada bukti depan mata pun tak percaya lagi. Kalau pakai purdah tu kira baik la?

Satu je aku nak cakap, soal amalan aku jangan kau persoal sebab itu urusan aku dengan Allah dan mak aku tak de kena mengena dengan cerita kita sekarang ni kenapa nak libatkan dia?”

Nana jawab lagi, “Ohh tau pun marah kalau aku sentuh bab mak kau, habis yang kau tuduh kawan baru aku tu?” Untuk saat tu memang aku rasa macam nak bagi p*n4mpar je kat si Nana ni. Tapi aku tak tau la dari mana datangnya kekuatan untuk aku terus sabar.

Aku bangun keluar dari bilik. Dan begitulah permulaan kepada putusnya persahabatan kami. Sehari dua lepas kejadian tu, macam kebetulan pulak aku boleh terserempak dengan Nana dan jantan MLM tu kat mcd (masa ni tak boikot lagi ehh).

Aku dengan kawan aku tengah sedap – sedap dok makan burger hot n spicy chicken mcdeluxe dia boleh mai kat meja aku dengan budak jantan tu. Dengan berlagaknya dia kata kat aku,

“Ha, dah kata kawan dia menipu kan, cakap la dengan kawan dia ni sendiri, kawan aku ni bekas askar, sekarang dia dah berjaya tu yang berhenti kerja”.

Yang jantan tu pula cakap, “kenapa awak kata saya menipu sedangkan kita tak pernah kenal pun, awak pun tak pernah tau saya buat bisnes apa. Mai duk semeja, dengar dulu pasal bisnes ni baru awak boleh nak kata tipu ke tak.

Dengan bisnes ni saya dah boleh beli rumah 3 biji, kereta tak larat nak tukar dah tau. Ni awak dah tabur pasir dalam periuk nasi kawan awak sendiri ni”.

Aku pun jawab la, “kalau tak salah tak perlu takut kan? Kalau betul dah kaya raya, ada rumah 3 biji, kereta boleh tukar – tukar macam yang kau cakap tu buktikanlah.

Setakat askar kena buang keje, duk menyewa bilik, kereta pun pakai keta sewa lagi nak berlagak dengan aku. Haritu pakai VW kan? Apsal sekarang guna wira pula, tak dak duit ehh nak sewa?” Dahla, sekarang ni korang dua dah kacau aku nak makan, tolong pergi boleh tak?

Dan dan je kawan aku tu buat drama airmata, dia kata tak sangka aku ni per4ngai teruk macamni, padahal aku ni kawan baik dia. Yang laki tu pula merah padam terus muka dia, nampak la dia marah sungguh. Mungkin dia pelik camana aku boleh tau pasal dia.

Sebenarnya sebelum tu ada budak laki sorang ni DM aku kat fb (askar juga), dia tanya aku pasal Nana tu sebab dia tengok banyak gambar aku dengan Nana, dia kata Nana ada ajak dia join bisnes tu. Aku jawab la aku tak tau sangat pasal tu, pastu aku tanya dia kenapa.

Dia kata bagitau la kawan awak tu yang dia dah kena tipu dengan budak laki tu. Dia memang akan cari m4ngsa – m4ngsa yang kerja gov sebab senang nak apply loan. Jadi, dari situ la dia cerita semua benda. Aku ingatkan kes aku dengan Nana kira g4duh kat umah cukup la kan, tak rupanya.

Aku masuk kerja je ramai kawan – kawan pakat tanya aku, aku malas nak cerita jadi aku jawab yang aku tak tau apa jela. Tapi ada dua orang kawan aku datang minta tolong, sorang tu katanya dah submit untuk buat loan, lagi sorang dah bayar duit pendahuluan beratus jugak la.

Dorang tanya macam mana nak dapat duit balik, aku cuma boleh jawab cuba la minta dengan Nana tapi aku rasa memang takkan dapat dah. Memang dua orang tu jadi serabut la, dah kami baru je mula kerja, gaji bukan banyak mana pun, kena tipu pula tu.

Esoknya, kawan aku yang ada bagi duit pendahuluan tu ada bagitahu aku, semalam dia ajak Nana dan laki tu keluar sebab nak minta balik duit yang dia bayar tu. Yang laki tu boleh h1na kawan aku tu, dia kata sampai bila nak kerja gaji ciput macam ni?

Ehh setakat gaji awak seribu lebih tu mahal lagi tali pinggang LV yang saya pakai ni.. Fuhh berdesing telinga weii dia kata lagu tu. Kawan aku jawab balik, kalau dah boleh pakai tali pinggang mahal, maknannya boleh la kan bagi balik duit dia.

Laki tu jawab memang takkan dapat la, kira “Burn”. Marah la kawan aku tu kat Nana. Aku kata kat kawan aku tu, patutla semalam Nana balik marah – marah aku pon.. Tiba – tiba je balik m4ki aku macam – macam, kata aku tak puas hati dengan dia, dok buat t4ik kat bisnes dia dengan canang cerita kat semua orang tempat keje.

Aku bagitahu dah Nana yang aku tak dak cerita kat sapa pun, mana la aku tau dorang tau dari mana. Dorang sendiri yang cari aku tanya macam – macam, maknanya dorang dah tau awal dah. Dia yang kalut cari downline, salahkan aku pulak bila semua pakat tau dia buat bisnes, adoii.. Sampai kesudah Nana tak percaya kat aku.

Dipendekkan cerita, lepas semua orang tempat keje tau yang Nana buat MLM, semua orang macam pakat pulaukan dia, masa tu aku tengok dia kesian sungguh. Dia pun nampak str3ss je. Macam dah tau yang dia kena tipu kot, haha.

Dan betul tekaan aku, balik je keje dalam dok scroll fb aku ada ternampak post dia kat group insan – insan yang kena tipu dengan g3ng MLM ni, aku lupa dah nama group tu. Kalau cari ada lagi kot. Dia tulis yang dia nak jual semua barang – barang yang dia dapat tu murah – murah sebab nak duit balik dan dia ada cerita juga kat situ yang dia kena tipu. Dahla dah buat loan puluh ribu bagi semua kat laki tu.

Lagi la aku jadi kesian kat dia. Tapi tula, walaupun dia dah sedar tetap juga bila jumpa aku dia macam tak suka sungguh tengok aku, dalam tak suka dia tu aku perasan juga. Sebelum ni kalau dia tengok aku dia macam jeling la buat muka la, tapi haritu dia ternampak aku dia tunduk dan pandang tempat lain. Macam nak mengelak pun ada.

Tapi nak mengelak macam mana, dah kami punya tempat kerja memang tak boleh lari jauh. Terkurung dalam 1 tempat je jadi pergi mana – mana tetap jumpa jugak. Haritu kebetulan dia kerja sorang kat 1 tempat tu, aku pergi kat tempat dia terus aku tarik dan peIuk dia, aku tanya la sampai bila kita nak bermusvh macam ni? Kan dah tau kebenaran, cukup laa. Aku rindu persahabatan kita dulu.

Dalam dok bercakap tu memang kami dua nangis kat situ. Aku kata lagi kat dia, aku minta maaf sungguh pasal sebelum ni, tapi sumpah bukan aku yang bawa cerita pasal dia. Dia kata dia pun minta maaf juga sebab duk kata macam – macam kat aku sebelum ni, lagi – lagi kat mak aku.

Dia kata bukan tak nak tegur aku, tapi dia malu sebab dia betul – betul kena tipu dan tak nak percaya kat aku dulu. Lepas dari hari kami bermaafan tu, aku dengan Nana dah ok balik. Kami kawan, tapi bukan kawan rapat dah.

Aku tak tau la nak bagitau macam mana perasaan aku ni, bagi aku boleh je aku dengan dia jadi kawan, tapi nak jadi baik sangat macam dulu tu tak kot. Lagi – lagi sekarang aku dengan dia sama – sama dah pindah tempat keje.

Sekarang ni bila aku tertengok je fb dia, dalam hati aku masih ada je doa untuk dia. Aku cerita ni pun bukan sebab nak aibkan dia, jauh sekali.. Niat aku cuma 2, nak bagitahu yang aku sebenarnya rindu kenangan masa aku dengan dia jadi bff dulu, hiking, shopping, teman aku dating dan banyak lagi la..

Yang kedua, aku nak pesan kat adik – adik yang baru atau lama kerja gov, t4rget g3ng dorang memang nak yang mudah buat loan dan mudah diperdaya. Jangan la mudah sangat percaya dengan skim cepat kaya ni. Mana ada cara mudah dapat duit ooii. Mudah hilang kawan ada la.. Haha.

Memang la gaji kita sikit, rasa nak berjoli lebih, nak tambah pendapatan ko pergiIah buat grab ke food panda ke, meniaga buka gerai ke apa bila habis kerja or cuti tu. Nak malu buat apa, kita yang nak pakai duit. Sekian. – Lili (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

نور ديانا أحمد : Kerana sesuatu produk ini jugalah,aku terjerat dengan loan. Benci bila dikenang kembali, sungguh b0doh aku rasakan. Sampai sekarang memang tak dapat lupakan, walaupun orang tu kaya, harta banyak. Ketahuilah sesungguhnya aku terani4ya. Dek kerana nak downline, aku yang baru di sektor pekerjaan tak pasal – pasal dah ada hutang.

Salina Gunawi : Macam kenalan saya tiap minggu ajak pergi The Mines dengar talk. Saya beri alasan hujung minggu nak lepak sebab penat kerja. Dia dok perli takkan tiap – tiap minggu penat. Jiran – jiran lain pun dia ajak juga.

Rupanya dia join MLM Penapis air. Bayar 20K dapat 10 penapis air. Lepas tu kena cari down liner. Rumah dia dah penuh dengan penapis air patutlah dia desak kami suruh join. Sorrylah pada saya kalau begini tak kaya pun tak apa.

BACA: Kedah AGRO hantar surat buang pekerja, netizen sindir bakal diganti dengan ‘sukarelawan’?