‘Tak marah pun’ Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil perjelas perkara sebenar di belakang pentas

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di belakang pentas Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung pada bulan Mac yang lalu.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, yang berusia 45 tahun, mengakui bahawa dia tidak menyangka situasi tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

Menceritakan kejadian tersebut, Siti menjelaskan bahawa dia tidak sedang marah seperti yang dituduhkan

'Tak marah pun' Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil perjelas perkara sebenar di belakang pentas

. Sebaliknya, pada masa itu, dia hanya risau kerana monitor telinga tidak berfungsi.

“Apabila membaca komen, janganlah ambil serius sangat, saya tidak marah pun. Itu wajah saya cuak atau cemas. Anda boleh lihat bahawa LED hanya terbuka untuk beberapa saat dan saya perlu menyanyi,” katanya.

“Sangat penting untuk seorang penyanyi mendengar suara dan muzik melalui ear monitor. Saya hanya memastikan agar ear monitor tersebut dibuka dengan segera dan saya boleh terus menghiburkan penonton,” tambah Siti.

Dia juga menambah bahawa dia memuat naik video asal kerana tidak mahu ada spekulasi yang tidak perlu.

“Saya memuat naik video sebenar supaya tidak ada lagi spekulasi. Saya juga membenarkan video itu disiarkan dalam siaran Astro kerana saya tahu ada peminat yang ingin melihat situasi di belakang pentas,” jelasnya.

Sementara itu, Siti mengakui bahawa setiap penyanyi menghadapi cabaran dan pengalaman yang berbeza semasa menjayakan sesuatu persembahan atau konsert.

“Setiap persembahan ada cabarannya. Saya sendiri mempunyai pelbagai pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu setiap detik adalah untuk memberikan yang terbaik, mengejar masa, dan memastikan segala perkara berjalan lancar,” ujarnya.

Sebelum ini, video pendek yang menunjukkan Siti menegur kru belakang pentas mengenai monitor telinganya yang tidak berfungsi telah menjadi tular. Banyak yang tertumpu pada ketegasan Siti kerana tidak pernah melihatnya dalam keadaan marah sebelum ini.

BACA: Selepas rumput Zeon Zoysia, TMJ derma rumput hibrid untuk Stadium Bukit Jalil