Dalam negeri Perak pernah ada negeri lain, ini kisah kerajaan Raman ramai tak tahu

Oleh ISMAIL YAHYA

Apabila kita mengkaji sejarah di peringkat sekolah menengah, pasti kita mengenali beberapa nama kerajaan kuno yang penting.

Antara nama kerajaan Melayu kuno yang sering kita dengar adalah Kedah Tua, Srivijaya, Majapahit, dan lain-lain.

Namun, terdapat satu kerajaan kuno yang kurang dikenali dalam sejarah Melayu iaitu kerajaan Raman.

Dalam negeri Perak pernah ada negeri lain, ini kisah kerajaan Raman ramai tak tahu

Kerajaan Raman, juga dikenali sebagai Reman atau Rahman, berpusat di kawasan Melayu Patani dari abad ke-18 hingga ke-19.

Walaupun banyak yang menganggap bahawa kerajaan ini diasaskan oleh seseorang yang bernama Rahman, namun sebenarnya nama “Raman” diambil daripada Bahasa Melayu Pattani iaitu “Rama” yang bermaksud perhimpunan yang besar.

Pemerintah pertama kerajaan Raman, Tuan Tok Nik Tok Leh, yang juga seorang kerabat diraja kerajaan Patani, telah menubuhkan kerajaan ini susulan berpecahnya kerajaan Patani akibat tekanan daripada kerajaan Siam.

Kerajaan Raman mempunyai kekuatan ekonomi melalui perlombongan bijih timah dan telah membangunkan Kelian Intan serta menetapkan Gerik sebagai ibu negerinya.

Walaupun berkembang dengan pesat, kerajaan ini tidak berlangsung lama dan hanya mempunyai kira-kira empat pemerintahan sahaja.

Kejatuhan kerajaan ini bermula dengan perang saudara di Lenggong pada abad ke-19, yang dihasut oleh kerajaan Sukhothai dan British untuk memecah belahkan kerajaan Melayu.

Kerajaan Raman tumbang pada tahun 1902 dan daerah di Hulu Perak diserahkan sepenuhnya kepada Perak pada 16 Januari 1909.

Walaupun sudah tidak ada lagi, masih terdapat segelintir penduduk di Perak yang menggunakan dialek Raman sehingga kini.

Inilah kisah kerajaan Raman yang kurang dikenali dalam sejarah Melayu, semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca.

BACA: Netizen dakwa Amelia Henderson pakai rantai salib undang perhatian ramai