Tak sempat sampai hospital, Setiausaha kerajaan negeri Melaka meninggal dunia

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Datuk Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang berusia 54 tahun, telah meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, telah mengesahkan kematian tersebut dan menggambarkan pemergian Allahyarham sebagai satu kerugian besar bagi negeri Melaka.

Tak sempat sampai hospital, Setiausaha kerajaan negeri Melaka meninggal dunia

“Saya sangat terkesan dan sedih dengan berita kehilangan Allahyarham yang merupakan satu kerugian besar kepada warga perkhidmatan awam negeri.

“Jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Wira Zaidi sangat besar kepada Kerajaan Negeri Melaka sepanjang perkhidmatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dari 5 Januari 2022 hingga kini,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, juga melalui akaun Facebook rasminya menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya sangat dukacita atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar dia ditempatkan bersama orang yang beriman dan bertakwa.

“Kami juga mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan dalam segala urusan,” tulis Mohd Zuki.

Allahyarham Zaidi merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29 dan dilantik pada 5 Januari 2022.

BACA: Aku ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi hati perangai syaitan