Bekas pengacara televisyen terkenal raih perhatian netizen, beri anak usia 14 tahun elaun RM100k!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang bekas pengacara televisyen terkenal yang kini menjadi ahli perniagaan wanita, telah menimbulkan pelbagai reaksi

kerana memberikan elaun bulanan kira-kira hampir RM100,000 kepada anak perempuan berusia 14 tahun.

Xiang, yang berusia 48 tahun, juga membelikan pakaian jenama berprestij kepada anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu.

Bekas pengacara televisyen terkenal raih perhatian netizen, beri anak usia 14 tahun elaun RM100k!

Akhbar The South China Morning Post melaporkan bahawa bekas pengacara itu mengamalkan pepatah Cina lama tentang cara membesarkan anak.

Pepatah itu menyatakan bahawa walaupun anak lelaki harus dibesarkan dalam situasi jimat cermat, namun anak perempuan sepatutnya menikmati kekayaan harta benda.

Selepas gambar anak perempuannya bercuti pada akhir Mac lalu dimuat naik ke media sosial, netizen mendedahkan kos pakaian Wang.

Mereka menyatakan bahawa pakaian bercorak kotak ungu anak perempuannya itu berharga 25,337 yuan (RM16,735), blaus putih berharga 13,754 yuan (RM9,084), manakala harga skirt yang dipakai pula ialah 14,478 yuan (RM9,564).

Selain itu, harga aksesori Wang pula diperkirakan sekitar 39,815 yuan (RM26,303).

Beberapa netizen mengkritik mengenai pakaian mahal anak perempuannya, manakala beberapa lagi mengidamkan gaya hidup mewah yang dipamerkan.

BACA: Aliff Syukri tidak ‘goyang’ dengan saman RM70 juta bekas Menteri, ini bukti yang disimpan