Sakit hati dicerai, wanita nekad roboh rumah sebagai simbolik rumahtangga runtuh

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Satu rakaman video yang viral di media sosial memaparkan seorang isteri yang merobohkan rumahnya s

etelah mengetahui bahawa rumah tangganya hancur akibat campur tangan orang ketiga, dilaporkan oleh akhbar Tribunnews semalam.

Siti Fatimah, yang berusia 38 tahun, membuat keputusan untuk merobohkan rumahnya

kerana dia sangat terluka apabila ditinggalkan oleh suaminya atas sebab kehadiran orang ketiga.

Menurut keterangan Siti, rumah tersebut dibeli bersama-sama bekas suaminya

Sakit hati dicerai, wanita nekad roboh rumah sebagai simbolik rumahtangga runtuh

selepas menyimpan wang selama sembilan tahun, bermula dari tahun 2015.

Namun, rumah yang mereka miliki itu akhirnya musnah bersama-sama dengan runtuhnya hubungan perkahwinan mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Madiun pada hari sebelumnya.

BACA: Suami beri anak buah duit raya RM50! Dengan anak sendiri kedekut, dapat sampul kosong je