“Dia kata dia dengan isteri dah jatuh talak sebab nak halalkan aku, tapi dia dengan bini dia okay je”

Oleh ISMAIL YAHYA

Pada mula aku taktahu dia dah kahwin, satu hari baru aku tahu & aku pun berkawan je macam biasa.

Tapi hari demi hari Z semakin berani bagitau pasal rumahtangga dia. Katanya ada isteri cuma atas nama.

Dah buat haluan masing2 tunggu nak selesaikan dengan perc3raian. Aku pulak si bodoh yang mudah percaya.Aku ni lurus sikit mudah kena tipu dan terlalu lembut hati.

Banyak kali dia pernah ajak keluar makan tapi aku tolak. Sampai lah satu hari aku pun keluar makan dengan dia

. Lama2 kenal aku pulak percaya pada dia. Lagipun pada masa sama memang hidup dia macam orang bujang. Lagi la buat aku percaya.

“Dia kata dia dengan isteri dah jatuh talak sebab nak halalkan aku, tapi dia dengan bini dia okay je”

Hubungan terus berlanjutan walaupun ada kant0i men1pu tapi dia tetap putar belit sampai aku jadi maafkan dia. Dia sanggup ye reka chat di whatsapp pasal nak selesai di mahkamah. Macam2 yang dia reka.

Bulan demi bulan tetap teruskan sehingga pada hari raya pun, dia beraya denganku seolah olah betul2 takda bini la kan. Lepastu mak aku meninggal. Aku takut takut nak duduk rumah sorang2 sebab adik lelaki aku selalu keluar malam jadi aku ajak Z teman aku dekat rumah.

Z datang hampir setiap malam. Dan kadang2 duduk rumah aku sampai 2-3 hari tak balik2. Masani ayah tiri aku kerja tak boleh balik sebab covid. Lepastu aku pregnant.

Tapi sebab Z masih belum c3rai, belum kerja tetap (Z pernah bekerja tetap tapi sebab pkp dia pilih untuk tak masuk kerja) aku pun fikir keluarga aku jadi kami putuskan untuk gugurkan. Tapi selepas itu aku minta dia untuk nikah sebab nak halal. Dia setuju.

Tapi bila tarikh nak balik untuk kawin, dia hilang. 2kali dia buat macamtu. Tetapi aku tetap berlembut hati terima dia lagi. masani belum kant0i hal yang besar2. Cuma kant0i sikit hal kecik tapi biasalah, dia putar belit sehingga aku maafkan dan percaya dia semula.

Tahun baru, dia pun start kerja balik, aku pun baru start kerja dalam 3hari, lepastu kant0i dengan keluarga tiri aku pasal aku bawa dia duduk rumah, mengandung. Aku putuskan untuk keluar rumah. Z pun suruh aku balik kampung duduk dengan parent dia. Dari situ lah aku kenal parent dia, dan keluarga lain.

Aku cerita semua pada mak dia, apa yang jadi, apa yang Z cakap. Tapi mak dia atau keluarga dia, takda sorang pun yang buka mulut tentang pen1puan Z. Z tak bagi aku kerja. Selama 4bulan aku disana, 2-3hari sebelum raya aku pun datang semula ke jb sebab Z kata dia tak balik raya kampung.

Aku pun taknak raya situ sebab adikberadik lain nak balik dan ada yang memang tak ngam dengan aku. Oh yaa, Z hanya bekerja selama 3bulan.

Lepastu tak kerja lagi. Dan. Aku pregnant lagi. Z ada balik cuti selama beberapa hari. Tapi lepas dia balik jb aku krisis dengan Z sampai susah nak hubungi dia. Keluarga dia tau pasal kandungan pertama (tahu lepas aku balik sana) begitu juga yang kedua.

Aku balik ke jb Aku jumpa Z, dan Z kata akan nikah. Masa nak raya tu dia kata dia nak cari duit untuk nikah. Nak seludup daun ketum dekat kedah katanya.

Aku pulak bodo percayakan dia. Menangis teresak2 Z semasa dia nak tinggalkan aku raya seorang diri. Berhari2 takda berita, aku tanyakan keluarga dia pun kata dia tak balik. Raya pertama, mak dia call aku, rupanya Z yang suruh. Ya, Z balik beraya dengan bini dia.

Raya ketiga baru aku tau sebab ayah dia sendiri bagitau. Sedangkan orang lain semua cakap tak, malah tak balas whatsapp.

Meroyan lah aku bila kant0i kena tipu hidup2. Dengan aku pregnant lagi. Rupanya suami isteri tu ok je cuma Z yang buruk2 kan isteri dia, dia kata dah lafaz talak, isteri curang sampai berzina. Perihal talak? Banyak kali dia ucap yang dia akan c3rai, talak dah jatuh.

Raya ketiga tu juga Z hubungi aku. Mestilah aku mengamuk. Tapi Z kata memang nak c3rai sebab isteri dia pun dah taknak lagi, dah bergelut dengan abang ipar dia. Esoknya Z sampai jb. Dia pujuk aku. Macam biasa aku masih bodoh. Percayakan dia. Aku nak gugurkan lagi tapi Z kata dia betul2 nak nikah.

Kami balik nak nikah siam. Tapi tempat kami pergi nak duit banyak. Jadi kami putuskan nikah di jb je. Balik semula ke jb untuk hal nikah tapi sulit juga. Jadi kami balik ke kampung untuk nikah secara poligami secara sah. Mestilah guna duit aku. Z takda duit. Tak kerja tetap.

Semua duit aku. Aku kenal Z masa dia memang dah tak berduit. Lama di kampung, dan urusan poligami pun tak senang. Z ok je mula2 tapi lama2 dia tak lekat dekat rumah. Hp?

Jauh sekali tak dapat aku nak check. Dia cuma datang baik2 dengan aku untuk nafsu dia. Lama2 tunggu tarikh mahkamah untuk poligami, kami selalu gaduh.

Dan aku pun jadi selalu tuduh dia tipu aku lagi. Masa tarikh perbicaraan, kita orang tak ke mahkamah pun. Lepas 2 3 hari balik semula ke jb sebab aku dah taknak dengan dia sebab aku boleh rasa dia tipu aku pun taknak bermadu.

Lepas balik semula ke jb, baru lah kant0i lagi yang dia masih bersama isteri dia. Walaupun sebulan lebih di kampung, dia pujuk rayu bini jangan berc3rai.

Jadi di belakang aku dia pujuk bini dia dalam masa tunggu nak nikah. Ada beberapa hal kant0i tapi dia belit habis2. Aku pulak pregnant anak dia jadi memang aku bergantung pada dia sepenuhnya walau apa pun dia buat.

Kami decide nak balik lagi sekali. Tapi malam tu tak jadi balik, aku dah rasa ada yang allah nak tunjuk. Ya betul, esoknya aku tengok depan mata, dan aku pergi rumah dia, nak ambil kunci kereta aku.

Masatu first time semuka dengan bini dia. Mereka masih bersama. Z tipu lagi malah Z buat aku macam perempuan hina depan bini dia.

Esoknya Z jumpa aku. Pujuk rayu aku dan ya, putar belit lagi sampai aku percaya. Selang berapa hari aku dapat nombor hp bini dia. Aku hubungi dia. Dan Z amat marah semacam gelap mata memandang aku.

Bini dia? Mestilah Z tipu juga macam tipu aku. Mula2 bini dia marah aku tapi lepas berapa jam dia ajak aku semuka untuk dengar apa lagi Z nak kata. Bersemuka lagi 3 pasang mata, Z buat lagi aku seperti si hina, dan dia kata aku nak hancurkan rumah tangga dia, kacau bini dia.

Dia nak pukul aku dengan helmet tapi aku masatu dalam kereta dan kereta dah lock. Lepastu aku pun drive dan dia follow dari belakang.

Aku pergi balai polis takut dia buat apa2. Bapa tiri aku tau apa yang jadi, dia datang ke balai dia suruh aku buat report. Esok aku masuk pusat mengandung luar nikah.

Z cuba nak jumpa aku menyamar sebagai bini dia nak jumpa aku nak bincang nak suruh kawin. Oh ya, dia tak mengaku anak dia yang aku kandung pada bini dia.

Tapi aku tak jumpa dia. Dan esoknya aku ke pusat. 3minggu di sana, aku larikan diri aduhai entah apa dalam otak aku masatu. Rupanya Z mencari2 aku sepanjang 3minggu itu. Aku lari ke rumah mak angkat yang mana Z juga kenal.

Z tau aku ada di rumah mak angkat cepat2 dia datang. Dan ya dengan wajah sedih, kurus kering, dia panggil aku tapi aku taknak. Dia merayu tapi aku marah. malam tu, bini dia contact mak angkat aku, dan sanggup bermadu katanya.

Esoknya Z datang lagi aku terpaksa jumpa dia untuk elakkn kekecohan. Z berusaha putar belit kalini lebih advance apabila wife dia sendiri mengiyakan, apa yang Z cakap. sampai sanggup mengaku dia memang ada orang lain. Aku apa lagi percaya lah bila bini cakap macam tu.

Kami balik lagi, tapi ke thailand nak nikah. Rupanya kant0i lagi di siam Z men1pu aku dan men1pu bini dia. Aku mengamuk lah nak balik jb tapi Z tetap tak mengaku. Lepastu kami balik jb. Dan itulau percubaan ke-5 yang mana juga terakhir, kami cuba untuk nikah.

Z tetap kata akan c3rai. Tapi pada bini dia, dia tipu kata kami takda apa2 lagi dan aku nak bagi anak aku pada mereka. Jangan mimpi lah aku nak bagi anak aku. Aku tak mampu besarkan, aku sanggup lagi bagi pada orang lain. Semasa aku 7bulan pregnant, kant0i lagi sekali yang Z men1pu dua2.

Aku semuka dengan bini dia. Ada perang mulut juga antara bertiga. Pada bini kata pilih bini. tapi bila depan aku pilih aku. Z selalu kata nak c3rai talak dah jatuh dah lafaz talak. Last2 bini dia undur diri dan failkan fasakh.

Aku kira, betul2 berakhir, rupanya Z men1pu lagi. Dia pujuk2 bini dia belakang aku. Dia tak hiraukan aku yang tengah sarat dah masatu. Tunggu hari. Aku pun pergi bawa diri kepada keluarga yang nak ambil anak aku sebagai anak angkat.

2minggu di sana, aku selamat melahirkan baby girl. Baby aku cantik sangat putih bersih. 4hari aku di hospital Z ada hubungi aku. Tapi aku berkeras taknak apa2 lagi. Kemudian lpas beberapa hari tengah pantang di rumah kluarga yang akan bela anak aku, Z hubungi aku lagi.

Dan ya masatu aku dalam fasa bersedih sebab aku tak sanggup berpisah dengan anak aku. Z videocall, aku angkat. Tulah pertama kali dia tatap anak dia. Z tetap pujuk aku.

Kata dah takda apa2. Aku percaya lagi. 20hari bersama anak, lalu sampai masa aku tinggalkan dia. Dan ya aku kembali ke jb, Z datang jumpa aku. Sangat rindu katanya. Lagi sekali gayanya seperti orang bujang. Selalu datang jumpa aku dekat bilik sewa aku. Aku nak kerja lepas pantang, dia suruh rehat dulu.

Dia bagi duit. Lepas hampir 2bulan, aku tengok Z macam lain, cuti terus senyap. Aku dah tak sedap hati dan syak wasangka. Selamani semua naluri aku tak pernah salah dan memang terbukti Z men1pu. Dari awal aku balik jb, memamg aku was2 tapi tengok cara dia macam betul2 jujur.

Dia dah mula kerja lpas aku bersalin haritu. Jadi dia kata betul2 dah berubah kalini, nak nikah, hidup bersama baik2 dan memang dah takda apa2 lagi. Mula2 dia memang macam bujang macam betul tak tipu aku lagi. Sampai lah dia start, cuti terus senyap. Mlm kdg2 terus senyap. 3minggu berturut.

Bila aku tuduh dia, dia tetap putar belit. Tapi benarlah kata hati naluri, tak pernah men1pu. Aku pun sampai mimpi2 bini dia. minggu ketiga dia senyap masa offday, kant0i lah bila bini dia yang balas whatsapp aku. Kini dah berakhir aku dengan Z.

Banyak persoalan aku nak tanya Z, 3mlm berturut dia kata nak jumpa aku tapi tak datang2. Persoalan aku tak dapat jawapan dari dia. Aku tertanya, sebodoh itu ke aku pada dia sampai dia mainkan aku lagi.

Atau sebenarnya dia memang nak halalkn aku tapi juga taknak lepaskan no 1. Aku sedih sangat sebab lagi sekali Z tipu aku, aniaya aku, khianat aku. Dan bila kant0i dia burukkn pada bini yang aku tergila2kan dia.

Aku minta duit dia. Aku kenal Z, dia sanggup bersumpah atas nama Allah atas pen1puan2 dia. Dia juga sanggup buruk2 kan, fitnah. Pada aku dia cakap A, pada bini dia cakap B. Z terlampau banyak sangat aniaya aku.

Aku banyak menderita sebab pen1puan dia. kereta aku pun kena tarik masa tengah mengandung sebab dia juga. Banyak duit aku yang dia tipu yang sepatutnya dia ganti. Barang kemas aku. Sekarang bilik sewa pun aku terpaksa keluar sebab aku tak boleh bayar.

Yela tak kerja sebab Z tak bagi. Nak tanggung aku katanya. kerja sungguh2 hadam jem hari2 demi aku. nak halalkan aku senangkan aku. macam2 janji manis dia. Teramat sakit dan derita aku lalui sebabkan Z. Mujur ada adik tiri aku, untuk aku menumpang.

Dan bini dia? Dia anggap aku yang tergilakan Z, sedangkan dia tktahu apa Z tipu dia lagi. Z juga tak pernah lagi jumpa anak tu. bila nak kesana selalu tak jadi. Dan sekarang memang dia takkan pernah jumpa. Mereka berdua sedang elok kerja buru dolar. Sedangkan aku?

Z tipu aku juga perihal nak bawa aku kerja dengan dia. Sebulan lebih aku tunggu lulus, bila tanya kata taktahu. Disebutnya M.O.M rupanya memang patut la tak lulus kalau tak pernah apply pun. Aku masih mengutip diri aku yang dah berkecai dianiaya dikhianati lagi sekali oleh Z.

Sedang mereka elok bekerja, aku disini mengutip hati diri nak melangkah. Mungkin bagi orang luar, ni lah balasan aku jadi orang ketiga.

Tapi pada mereka yang tau A-Z kisah aku, semua berkata sabarlah, Allah tidak tidur. Cepat lambat Z akan dapat balasannya. Z dengan bini dia takda anak. Dah lama kawin tak dapat anak. Taktahu apa perasaan dia pada anak yang aku lahirkan dari benih dia tu.

Untuk Z, cepat atau lambat pasti ada balasannya, kau lebih tau semacam apa kau tipu, aniaya aku selama ni. Hati yang aku beri, duri dan bisa yang kau balas. Mungkin memang niat kau mainkan gunakan aku yang bodoh ni.

Atau mungkin memang kau sayang aku seperti kata2 kau, cuma sebab kau dah berbini kau tak boleh buat aku cara baik sebab kau taknak lepaskan dia.

Nak poligami apatah lagi, dua2 taknak bermadu. Entah kau masih seorang manusia, atau hanya si pendusta yang seronok menganiaya perempuan.

BACA:“Entah sampai bila saya akan balik kampung lagi, masih terngiang-ngian suara adik bongsu tak puas ahti dengan saya jadi punca tak balik kampung”