“Dah bertahun kahwin, abang aku tak pernah tengok muka sebenar kakak ipar aku, patutlah kakak kerap buka lampu malap je dirumah”

Oleh NADIA HARON

Salam guys. Cerita aku ni bukan rekaan atau fiction. Memang kakak ni bercahaya. Susah untuk aku gambarkan tapi cahayanya

Bukan seperti lampu yang silau tapi lebih kepada cahaya bulan, yang menerangi tanpa menyilaukan.

Aku gelar wanita ni kakak ye sebab dia pernah jadi senior sekolah aku dan sekarang kakak ipar aku.

Pertama kali aku jumpa kakak di surau sekolah menengah. Rumah aku agak jauh dengan sekolah.

Hampir setiap hari aku 12 jam di sekolah kerana sesi sekolah pagi, sesi kelas tambahan petang dan latihan silat sampai jam 6.30 petang.

"Dah bertahun kahwin, abang aku tak pernah tengok muka sebenar kakak ipar aku, patutlah kakak kerap buka lampu malap je dirumah"

Masa tu aku masuk surau untuk solat asar 6.30 petang macam tu. Lepas solat, aku nampak kelibat perempuan bertudung di satu sudut surau yang malap tanpa lampu, orangnya bercahaya sambil berzikir

. Aku takut dan cepat – cepat keluar, tiba – tiba perempuan tu tegur aku dan baru la aku nampak rupanya dia manusia biasa.

Di situ kami mula kenal. Rupanya dia senior 2 tahun lebih tua dari aku. Aku panggil dia kakak. Kakak baru pindah sekolah aku lepas mak ayah kakak meninggaI kerana kemaIangan jalanraya. Kakak tinggal di rumah neneknya.

Muka dan tapak tangan kakak masih ada kesan Iuka – Iuka kemaIangan. Kakak juga balik lambat sebab ada latihan Taekwondo dan rumahnya agak jauh dengan sekolah. Setiap petang, kakak balik ke rumah sambil berjalan.

Ada masa abang aku jemput aku dari sekolah dengan kereta, aku akan ajak kakak balik sekali. Tapi ada masa, abang datang dengan motor, aku tak jemput la, haha. Sepanjang 3 tahun di sekolah, ada beberapa kali aku nampak kulit kakak bercahaya bila solat dan berzikir. Kurang dah seram aku.

Kulit kakak bukan putih merah seperti Korean, Japanese atau Caucasians tapi lebih kepada cerah kuning langsat orang melayu. Dipendekkan cerita, aku dah masuk universiti. Abang aku bagitahu keluarga kami yang dia nak berkahwin dan orang tu adalah kakak.

Aku happy sangat – sangat sebab aku tahu kakak orang baik dan abang aku pun lelaki yang ok. Aku happy sebab dua – dua orang yang baik dan orang yang aku sayang berjodoh. Insha Allah.

Sepanjang perkahwinan mereka, aku ada beberapa kali tinggal di rumah mereka. Kakak yang jemput aku duduk rumah mereka setiap kali cuti sem.

Beberapa kali aku terbangun dari tidur dan melihat kakak dan abang aku solat di tengah malam. Rumah mereka ada surau kecil di bilik kecil. Surau kecil tu tak ada pintu, setiap kali aku berjalan ke dapur nak minum atau ke toilet dapur, aku nampak mereka solat tengah – tengah malam.

Kakak solat berjemaah di belakang abang aku, aku nampak kakak bercahaya lagi. Surau tu guna lampu yang ambient light dan malap, memang nampak tenang dan sedikit gelap. Aku nampak kakak bercahaya dan abang aku tak.

Aku syak abang aku tak pernah nampak kakak aku bercahaya ni atau memang mata aku yang rosak, haha. Tu je cerita aku. Aku tak tahu amalan kakak apa tapi muka sentiasa berseri, ceria dan tersenyum. Sejuk mata orang memandang.

Mak aku yang jenis agak degil dengan anak – anak dia pun akan tunduk dan mendengar nasihat kakak. Tu je. Bye! – Adik (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Tun Ramos : Kebanyakan di wajah orang mukmin sejati kita boleh lihat ‘nur’ mereka. Walaupun kulit gelap tapi muka mereka seperti bersinar dan pipi kemerahan. Mereka ini sangat menjaga pandangan mata, takde eye contact dengan wanita ajnabi. Selalunya tak banyak cakap. Di hati sentiasa latih diri dengan berzikir.

Alma Aylee : Mak saya.. umur dah 65. Lagi lawa dari masa umur dia 30 – 40 dulu. Tak pakai foundation mahupun sunscreen pun kulit dia bercahaya. Bulan puasa dia bangun 3 pagi solat. PukuI 5 masak sahur. AL quran siang hari.

Amalan lain tiap hari pun MEMANG dah 10 tahun ni dia tiap hari tahajud dan solat sunat banyak sebelum solat fardhu. Gambar raya, muka mak paling bercahaya macam bulan. Tak menyilau MACAM matahari. Padahal dia tak mekap MACAM anak menantu.

Untung la family awak. Mak awak pun untung lahirkan abang awak elok jadi suami yang baik. Sangat rare nak DAPAT lelaki yang tiap hari bangun tahajjud jemaah dengan isteri.

Kakak ipar awak tu kalau dah sampai ajaI nanti, mungkin kubvrnya pun orang tertentu boleh nampak bercahaya. Dah banyak baca kisah kubvr bercahaya ni. Insyaallah semoga mereka DAPAT zuriat soleh solehah dan family awak DAPAT keberkatan.

BACA: kaklong sedar setelah 5 tahun koma. Semua macam terkejut. Along kena kenalkan isteri baru dia