Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah dengan harga RM292 je!

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Wanita itu mengesahkan hal tersebut sebelum mengakui bahawa dia ingin menjual ‘rumah’ tersebut kerana tidak selesa dengan jirannya.

Berita tentang seorang lelaki yang ingin membeli ‘rumah’ dengan harga 1 juta rupiah, kira-kira RM292, telah menjadi tular di negara jiran.

Menurut rakaman yang dikongsikan semula oleh @brotempe dalam Indo Zone, pemilik rumah tersebut dikatakan mahu menjual rumahnya kerana tidak mampu bertahan dengan jirannya.

Wanita yang dikenali sebagai Mpok Siti, sedang menyapu halaman ‘rumah’ tersebut ketika dipanggil oleh pemuda tersebut.

“Puan nak jual rumah Rp1 juta betul?” soalnya kepada pemilik rumah tersebut.

Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah dengan harga RM292 je!

Wanita itu mengesahkan hal tersebut sebelum mengakui bahawa dia ingin menjual ‘rumah’ tersebut kerana tidak selesa dengan jirannya.

Dengan penuh rasa ingin tahu, lelaki itu kemudian meminta izin untuk melihat rumah jiran tersebut selepas membayar deposit, tetapi terkejut apabila melihat kawasan perkuburan di sebelah ‘rumah’ itu.

Walaupun rakaman itu pada akhirnya membuatkan warganet terhibur, namun ia dipercayai hanyalah ‘content’ di media sosial. Walau bagaimanapun, rakaman tersebut telah mendapat lebih dari 5 juta tontonan dengan pelbagai reaksi daripada warga maya.

Dari awal, saya rasa ada yang tidak kena

Tidak mahu beli rumah itu walaupun percuma

Ini adalah rumah masa depan kita

Ada juga yang mendakwa ‘rumah’ tersebut sebenarnya adalah ruang penyimpanan barang-barang pengurusan jenazah.

BACA: Selepas 9 tahun kahwin, Datuk Red Adira sah cerai talak satu