Caprice, seorang penyanyi rap, mendedahkan bahawa dia pernah menjadi orang tengah dalam kes yang melibatkan Aliff Aziz, Bella Astilah, Ruhainies, dan Sarah Yasmine.
Sebelum ini, Caprice telah mendedahkan tentang 400 video dan gambar tiket penerbangan Bella Astillah dan Muaz,
serta bercadang untuk mendedahkan berkenaan dengan Bella Astillah.
Berikutan tuduhan ‘fitnah’ yang diberikan, pembantu peribadi Bella Astillah memberikan keterangan untuk menolak dakwaan yang dibuat oleh Caprice.
Niel Rafiq, yang merupakan individu tersebut, mendakwa bahawa tindakan Caprice dalam berkongsi maklumat berkenaan Bella Astillah merupakan satu niat jahat.
Beliau menyatakan bahawa apa yang dikongsikan oleh Caprice mengenai hubungan Bella dan Muaz telah dijelaskan dalam sidang media yang dilakukan oleh Bella Astillah sebelum ini.
Selain itu, PA Bella juga menegaskan bahawa kejadian tersebut sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju untuk menyimpan kesilapan tersebut selepas Bella mengaku.
Namun, apabila perkara itu disebarkan semula di media sosial, ia memberi peluang kepada pihak lain untuk menabur fitnah
. Niel Rafeq menekankan bahawa tiket penerbangan yang dirujuk itu adalah semasa Bella berada di Jogjakarta dan Labuan.
Dia menjelaskan bahawa penerbangan tersebut adalah untuk tujuan kerja, bukan untuk percutian.
Selain itu, Niel Rafeq juga memaparkan beberapa foto bersama Bella ketika berada di luar negara sebagai bukti tambahan.
Caprice sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak akan terlibat lagi dalam kes ini selepas Sarah Yasmine mengubah perancangan untuk mendedahkan isu tersebut di media sosial.
BACA: Cara mudah pindah baki KWSP akaun 2 ke akaun fleksible buat ramai nak tahu