Assalamualaikum. Saya kenalkan diri saya Suri, berusia awal 30an. Pernah berkahwin dan memiliki 3 orang anak.
Kisah saya hari ini mengenai kehilangan, 3 orang insan yang datang dari rahim saya dalam sekelip mata.
Saya pernah bahagia seketika ketika kami jauh dari keluarga. Yang mana pada ketika itu suami bertugas di seberang laut.
2012 kami posting ke pantai timur. Maka bermula episod rumahtangga kami bergolak. Puncanya dari keluarga suami.
Pada tahun 2017 suami memohon GA untuk posting ke kampung halamannya di selatan tanpa pengetahuan saya.
Alasannya nak dekat dengan mak dan ayahnya, nak jaga kebajikan orang tuanya. Ketika itu saya dan anak – anak tidak ikut bersama, suami minta duduk di rumah yang kami beli itu, dengan alasan sukar nak proses tukar sekolah anak, saya akur dan tak cakap banyak.
Bermula lah PJJ antara kami. Tahun pertama suami akan balik sebulan sekali, kemudian m4kin berkurangan kerana urusan tugas luar yang banyak. Saya masih diam dan jenis saya tak suka nak serabutkan diri pikir benda tak elok.
Pada tahun 2020, sebelum pkp saya mengalami kemaIangan bersama anak – anak, kereta kami naiki dihempap lori simen, semua anak – anak saya terk0rban, saya pula koma selama beberapa minggu. Apabila saat saya tersedar, orang pertama yang ada di sisi saya ialah abang chik saya.
Saya tanya, mana anak – anak saya, dia cakap anak – anak kat rumah, adik dalam icu, kanak – kanak tak boleh masuk. Walaupun saya sudah sedar tapi masih perlu berada di hospitaI untuk rawatan susulan dan tangan saya patah.
Saya tetap bertanya mengenai anak – anak saya. Saya tanya suami, mana anak – anak saya, dia beri jawapan yang sama. Hari saya discaj dari hospitaI, saya berharap anak – anak datang jemput. Abang chik saya datang bersama abang lang dan 2 kakak ipar. Suami saya juga ada. Dalam hati saya bercakap, sampai hati tak bawak anak – anak.
Perjalanan pulang saya teruja, saya rindu sangat pada anak – anak, nak peIuk mereka, nak dengar cerita mereka, nak makan sama – sama seperti biasa. Abang chik yang memandu kereta dan membelok ke kawasan masjid. Saya mula berdebar – debar, saya tanya kak chik, kenapa kita datang sini…??
Abang chik dan Abang lang turun, mereka datang pada saya, mereka maklumkan anak – anak saya terk0rban, mereka disemadikan di sini. Allahuakbar… betapa luluh hati saya. Ye saya meraung, saya jerit kenapa perlu ambil kesemuanya.
Abang chik memujuk, “adik jangan macam ni, anak – anak adik sedang bersama ibu dan ayah kita, mereka sedang bahagia.” Saya balik ke rumah, setiap sudut dan setiap inci rumah saya terbayang wajah anak – anak. Saya tak kuat, kerana selama ini dunia saya hanya ada anak – anak.
Saya ke mana saja bersama mereka. Mana mungkin sekelip mata saya boleh terima semuanya. Saya cakap pada suami saya, puas hati kamu sekarang..??? Dulu semasa kamu balik rumah selalu cakap anak – anak bising, anak ni mengacau, anak – anak tak boleh diam seminit. Sekarang kamu aman, kamu tak perlu lagi hadap semua tu dan kamu takde tanggungjawab lagi.
Akhirnya saya buat keputusan untuk menamatkan ik4tan suami isteri. Kakak dan abang suami men3ntang, mereka cakap saya penyebab anak – anak saya terbvnvh dan saya cuai. Saat ini saya hilang hormat pada mereka, saya jerit pada mereka, kamu semua menuduh saya macam – macam, kenapa kamu tak boleh pikir di mana adik kamu saat kejadian ini..??
Kenapa kamu biarkan adik kamu melepaskan tanggungjawab pada isterinya..??? Apa kamu pikir aku ni tunggul, sesuka hati nak mencemuh..!! Sepatutnya kamu yang lebih dewasa menasihati adik kamu, bukan menjadi batu api atau tok dalang.
Mungkin hari ni hari saya, hari kamu pasti tiba, bezanya baik ataupun tidak. Kini saya aman tanpa pikir apa – apa lagi, jauh di sudut hati saya rindu dengan semuanya. Suami saya bukan jahat tapi dia terlampau taat, terlalu mendengar cakap orang lain daripada isteri sendiri.
Adakalanya dia moody, tarik muka pada saya dan anak – anak. Ada satu masa dia tak pernah bertanya khabar kami anak beranak lebih dari 6 bulan. Wajarkah lagi saya bertahan? Buat bekas suami saya, terima kasih pernah hadir dalam hidup saya dan pernah bahagiakan saya bersama anak – anak walaupun seketika. Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama bersama wanita lain.
Untuk wildan syurga ibu, Arrash, Arrasy dan Assyira ibu rindu kamu semua. Semoga kamu semua berjumpa ayah wan dan maktok di sana, mereka pasti bahagia menyambut kedatangan kamu. Semoga kita dapat berkumpul di sana nanti.
Kini kehidupan saya bersama keluarga abang dan kakak. Saya menumpang kasih bersama anak – anak sed4ra. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka untuk saya kecapi bahagia lagi walaupun tanpa anak – anak saya. – Suri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Mohd : Sejak menjadi balu, saya bawa anak – anak ke mana – mana. Even ke kedai aceh. Saya selalu doa, kalau nak ambik.. ambik la kami berempat. Jangan tinggalkan seorang. Kerana kami tahu ertinya rindu. Rindu itu.. s4kitnya, Allah je yang tahu. *hugs dik.. akak doakan awak kuat ye
Nurul Farah Najua Alauddin : Pertama kali saya menangis dan reply di confession. Ya Allah hebatnya puan Allah tinggikan darjat puan dengan asbab ujian maha berat ni. Kalau saya di tempat puan belum tentu saya mampu teruskan hidup tanpa anak – anak.
Terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas tulisan puan sememangnya sangat menyentuh hati kami especially para ibu dan juga pengajaran buat para suami. Juga buat kami lebih menghargai anak – anak. Moga puan terus kuat dan tabah teruskan hidup demi bertemu anak – anak di syurga nnti.
Fizza Munirah : Sedihnya baca kisah ni. Insyaallah anak – anak puan berada bersama Allah di taman syurga. Mereka berbahagia puan. Eloklah berpisah dah dengan suami tu.
Buat apa menyiksa perasaan lagi. Lagipun tiada apa – apa lagi yang mengik4t puan dan suami lagi. PergiIah suami tu nak berbakti kat family sana. Semoga puan lebih berbahagia bersama family sendiri.