Individu dakwa ada cubaan hina kalimah Allah pada tulisan kartun undang reaksi netizen

Oleh NADIA HARON

Disebarkan luas di media sosial, klaim mengenai kehadiran kalimah Allah pada ‘We Bare Bears’ telah menarik perhatian ramai.

Dakwaan tersebut dikongsikan oleh seorang individu melalui laman Facebook @Kuala Terengganu Residen

yang mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memilih pakaian untuk anak-anak.

“Saya ingin beritahu semua penduduk Terengganu, eloklah jika membeli di KTCC,

saya sendiri mengalami ini ketika membeli tanpa memeriksa dengan teliti pada bahagian tepi baju.

Individu dakwa ada cubaan hina kalimah Allah pada tulisan kartun undang reaksi netizen

“Baju ini saya beli di KTCC bahagian pacific, cuba lihat dengan teliti lambang tersebut, nama Allah SWT,” katanya.

Hantaran tersebut, yang dimuat naik oleh pengguna X @AbdQuddusMatIsa, telah mendapat lebih dari 10,000 tanda suka dalam masa sehari setelah dikongsi di aplikasi tersebut.

Netizen mengkritik tindakan individu tersebut

Dakwa ada kalimah Allah pada tulisan kartun, individu disekolahkan netizen

Bagaimanapun, dalam ruangan komen, kebanyakan netizen mengkritik dakwaan individu tersebut kerana pakaian Cheetah yang berkolaborasi dengan kartun We Bare Bears hanya menggunakan huruf biasa dan bukan kalimah Allah.

Tidak semua perkara boleh dijadikan isu

Ramai yang menasihati individu tersebut bahawa tidak semua perkara harus dijadikan isu, mengingat kartun tersebut telah lama menjadi sebahagian daripada industri hiburan.

BACA: Duduk rumah flat tapi bil api tunggak RM2 juta, macam mana boleh banyak sangat?