7 tempat paling seram dalam dunia, no.3 tu ada dalam Malaysia!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bila kita sebut tentang tempat seram, biasanya terbayang benda-benda paranormal, kan?

Tapi sebenarnya, banyak tempat seram yang tak melibatkan hal-hal ghaib.

Dalam artikel ini, kita akan lihat tempat-tempat seram seperti tasik yang dipenuhi dengan obor-obor emas,

kawah dengan api yang tak pernah padam di tengah padang pasir, dan gereja yang diperbuat daripada tulang manusia.

Tak hanya itu, ada satu tempat di Malaysia juga yang dianggap menakutkan. Jadi, jika anda berani, mari lihat antara tempat paling seram di dunia.

7 tempat paling seram dalam dunia, no.3 tu ada dalam Malaysia!

1. Nagoro, Jepun

Nagoro ialah sebuah perkampungan kecil di Jepun yang unik. Penduduk di sana bukanlah manusia sebenar, tetapi patung-patung berukuran manusia. Malah, nisbah antara patung dan manusia di sini adalah 10:1!

Patung-patung di Nagoro ini dicipta oleh seorang penduduk tempatan bernama Tsukimi Ayano. Beliau mula membuat replika jiran-jirannya dalam bentuk patung selepas jiran-jiran tersebut meninggal dunia atau berpindah.

Patung-patung ini tersebar di seluruh kampung dengan pelbagai posisi seperti nelayan duduk di tepi sungai, pelajar di dalam kelas, pasangan warga emas duduk berehat di luar bangunan, dan lain-lain.

Sehingga kini, terdapat 350 patung dan hanya 27 manusia yang masih tinggal di Nagoro. Keadaan ini menjadikan perkampungan ini agak seram dan sunyi.

2. Hospital Beelitz-Heilstätten, Jerman

Hospital lama di Jerman ini pernah beroperasi dari tahun 1898 hingga 1930. Kompleks Beelitz-Heilstätten digunakan untuk merawat penyakit batuk kering (TB).

Selain itu, hospital ini juga menjadi tempat bagi mangsa gas sulfur dan tembakan semasa Perang Dunia I, termasuk Adolf Hitler semasa beliau masih muda akibat kecederaan kaki.

Selepas itu, hospital ini menjadi pusat perubatan utama bagi tentera Nazi semasa Perang Dunia II, dan kemudian digunakan sebagai hospital tentera Soviet dari tahun 1945 hingga jatuhnya Tembok Berlin.

Kini, beberapa bahagian hospital ini masih digunakan sebagai pusat pemulihan, walaupun kebanyakan kawasan dalam kompleks ini telah terbengkalai. Akibatnya, tempat ini kelihatan seperti adegan dalam cerita American Horror Story.

3. Gua Gomantong, Malaysia

Gua Gomantong di Malaysia adalah keajaiban geografi yang tulen, dengan dinding batu kapur mencecah sehingga 300 kaki di beberapa tempat. Tapi apa yang menakutkan, pelawat-pelawat yang pulang dari gua ini selalu mengatakan bahawa ia merupakan pengalaman hidupan liar yang menjijikkan.

Ini kerana, Gomantong adalah rumah kepada lebih dua juta kelawar sekaligus tempat itu penuh dengan lapisan tebal tahi kelawar. Tak cukup dengan itu, ia juga dipenuhi dengan lipas yang banyak. Selain itu terdapat juga beberapa haiwan lain termasuklah ular, kala jengking, ketam dan lipan sepanjang tiga inci. Kalau ada lipas je pun min tak berani nak jejak.

4. Pintu ke Neraka, Turkemenistan

Terletak di tengah-tengah padang pasir Karakum di Turkmenistan, “Pintu ke Neraka” merupakan nama yang diberi oleh penduduk tempatan untuk menggambarkan lubang berapi sebesar 230 kaki yang tak pernah padam.

Perkara ini berlaku apabila saintis Soviet yang mula mencari minyak pada tahun 1971 telah secara tidak sengaja melanggar rizab metana hingga menyebabkan platform penggerudian runtuh, sekali gus membentuk kawah dan melepaskan gas berbahaya ke udara.

Saintis ini kemudiannya membuat keputusan untuk membakar kawah tersebut untuk membakar metana dan perkara ini telah mewujudkan anomali Dante-esque yang kekal menyala sejak 50 tahun lalu.

5. Sedlec Ossuary, Republik Czech

Sedlec Ossuary merupakan gereja kecil yang terletak di Gereja Perkuburan All Saints yang dikenali di seluruh dunia ekoran dekorasinya yang mengerikan.

Ketika awal 1300, seorang kepala biara, Biara Sedlec telah membawa balik tanah suci dari Baitulmaqdis dan menaburkannya di seluruh tanah perkuburan gereja, sehingga menyebabkan semua orang mahu dikebumikan di tanah suci itu. Tapi ekoran lebihan penduduk berlaku, mayat-mayat lama terpaksa digali semula untuk memberi ruang kepada mayat yang masih segar.

Bagi tidak “membazirkan” mayat-mayat yang telah digali, biara-biara di sana membuat keputusan untuk menggunakan tulang-tulang tersebut. Seorang pengukir kayu Czech tempatan bernama František Rint diberi tugas yang sukar untuk mengatur koleksi 40,000+ jenazah manusia dengan cantik.

Beberapa tulang telah digantung dari siling gereja dan dekorasi paling menakjubkan merupakan lampu chandelier yang mengandungi hampir kesemua tulang yang boleh ditemui pada badan manusia.

6. Tasik Obor-Obor Ongeim’l Tketau, Palau

Jika dilihat sekali imbas, tasik yang dipenuhi dengan jutaan obor-obor ini memang nampak menakutkan. Namun begitu, Tasik Obor-Obor Ongeim’l Tketau merupakan salah satu tempat paling menarik di Palau.

Terletak di Pulau Eil Malk, tasik marin ini merupakan rumah kepada jutaan obor-obor yang telah berpindah ke sana melalui laluan matahari. Pelancong boleh mendapatkan pas lawatan di pulau dan bersnorkel di tengah-tengah obor-obor emas dan bulan yang sebenarnya tak merbahaya pun.

7. Motel Badut, Nevada

Walaupun banyak hotel-hotel yang menyeramkan di seluruh dunia, tapi yang paling mengerikan mestilah Motel Badut yang terletak di Tonopah, Nevada. Motel cetusan idea dari chef Las Vegas,

Vijay Mehar ini telah dilengkapi dengan pintu warna terang dan dua badut berukuran 19 kaki yang terletak bertentangan dengan kawasan kubur.

Di dalamnya pula, terdapat lebih 3,000 patung-patung badut yang boleh dilihat oleh tetamu motel. Manakala biliknya pula dihiasi dengan lukisan dan mural badut dari filem-filem terkenal termasuklah Pennywise.

BACA: “Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua, waktu dicekup Polis dalam kereta, tudungnya melayang entah kemana