Sebuah penempatan lama yang telah tenggelam hampir 300 tahun lalu akibat pembinaan empangan di utara Filipina,
kini muncul semula kerana paras air empangan menurun akibat kemarau.
Sisa-sisa runtuhan penempatan tersebut kini muncul di tengah-tengah Empangan Pantabangan di wilayah Nueva Ecija,
Dan ia menjadi tarikan pelancong walaupun kawasan tersebut sedang dilanda cuaca panas yang teruk.
Ini merupakan kali keenam pekan lama itu muncul semula sejak empangan itu dibina pada tahun 1970-an.
Empangan Pantabangan dibina untuk menyediakan sistem pengairan bagi petani tempatan dan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik.
Menurut Paladin, seorang warga setempat, “Ini adalah masa paling lama sisa-sisa runtuhan boleh dilihat berdasarkan pengalaman saya.”
Paras air empangan telah menurun sebanyak hampir 50 meter dari paras tinggi biasanya, iaitu 221 meter, menurut ramalan cuaca negeri.