Dulang hantaran pertunangan penuh dengan barang dapur raih perhatian netizen

Oleh NADIA HARON

Hantaran majlis pertunangan satu pasangan tular kerana bakal pengantin lelaki menyerahkan barangan keperluan memasak untuk calon isterinya.

Video hantaran unik pasangan tersebut mula menjadi viral selepas dikongsikan di akaun TikTok @yuda_ogie7.

“Maklumlah, masih suasana hari raya,” begitulah kapsyen yang ditulis pada video tersebut.

Dalam video selama 23 saat itu, kelihatan pelbagai barangan keperluan asas tersusun kemas di dalam kotak yang dihias dengan cantik.

Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah minyak masak, susu pekat manis, marjerin, tepung gandum, uncang teh, dan kopi.

Dulang hantaran pertunangan penuh dengan barang dapur raih perhatian netizen

Turut terdapat serbuk perasa, kicap manis, sos cili, kordial, dan gula putih.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Nampaknya kotak itu lebih mahal daripada isinya.

“Di kampung saya, jika lelaki membawa begitu atau perempuan menerima barangan begini, sudah menjadi gosip kampung,” begitulah antara komen daripada netizen.

BACA: “Mak abah kejam! Tahu buat anak tapi tak nak jaga, adik aku yang baru 7 tahun pun kena paksa masuk asrama”