Hanya bersenjatakan hand sanitizer, lelaki ini berjaya rompak RM221,939 dari kedai emas

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang perompak di Bangkok mengugut untuk membakar kedai emas menggunakan cecair pembasmi kuman(hand sanitizer), lapor laman berita Thaiger.

Balai polis Saimai menerima laporan rompakan tersebut pada 6.50 petang di kedai emas Aurora.

Seorang pekerja mendakwa perompak tersebut memakai baju serba hitam dan juga topi besbol serta berbadan tegap.

Suspek yang menyamar sebagai pelanggan itu menumpahkan cecair pembasmi kuman ke lantai dan mengugut untuk membakar premis tersebut.

Dia kemudiannya memanjat ke atas kaunter sebelum merampas sejumlah barang kemas dan juga wang.

Hanya bersenjatakan hand sanitizer, lelaki ini berjaya rompak RM221,939 dari kedai emas

Sebanyak 48 rantai emas pelbagai jenis dilarikan suspek di samping wang tunai dengan kerugian mencecah 1.7 juta baht (RM221,939).

Polis ketika ini masih menjalankan siasatan dan mengumpulkan bahan bukti untuk menyeret pelaku ke muka pengadilan.

Baca juga: “Bila isteri kantoi curang, aku tak teruskan ceraikan dia, walhal mana-mana lelaki pun tak boleh terima isteri curang tapi aku puncanya”