Ada yang pertikai, geng bertopeng beri ayam percuma tampil jawab pertanyaan netizen

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Setiap entiti kebajikan baik di bawah naungan kerajaan atau persendirian mempunyai misi dan jalan tersendiri untuk menyalurkan bantuan sosial kepada masyarakat.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, media sosial TikTok dikejutkan dengan penularan video sekumpulan lelaki bertopeng

yang muncul di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menaiki sebuah kereta pacuan 4 roda dengan nombor plat WYU 1906, kumpulan ini dilihat sedang sibuk mengagihkan 100 ekor ayam

percuma kepada orang ramai yang berada di situ dan ia merupakan misi pertama mereka.

Ada yang pertikai, geng bertopeng beri ayam percuma tampil jawab pertanyaan netizen

Salah seorangnya dalam keadaan berdiri turut mengangkat satu plakad besar bertulis “We’re not influencer, we;re not celebrity, we’re nobody”

Hanya mahu dikenali sebagai kumpulan bertopeng ‘XYZMISSION’, mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dan cuma meminta doa agar segala urusan bagi membantu masyarakat dipermudahkan.

Bagi setiap misi agihan bantuan yang selesai dijalankan, mereka akan tinggalkan simbolik satu topeng putih di lokasi berkenaan.

“Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikut teruja selain memuji kebaikan kumpulan misteri ini.

Ada juga yang memberi cadangan agar mereka sasarkan lokasi lebih sesuai supaya bantuan dapat disalurkan kepada individu lebih tepat.

BACA: “Bila isteri kantoi curang, aku tak teruskan ceraikan dia, walhal mana-mana lelaki pun tak boleh terima isteri curang tapi aku puncanya”