‘Jika ditakdirkan PH menang’, Fahmi dedah apa yang jadi PN jika PH menang PRK KKB

Oleh ISMAIL YAHYA

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menyuarakan kehairanan terhadap ayat “jika ditakdirkan Pakatan Harapan

(PH) menang” yang diungkapkan, menggambarkan moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) yang sudah runtuh.

Menurutnya, ayat tersebut juga menimbulkan persepsi bahawa PN sudah bersedia mengaku kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), yang berlangsung pada Sabtu ini.

“Fahmi menarik perhatian terhadap laporan media mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menyebut ‘jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang’.

'Jika ditakdirkan PH menang', Fahmi dedah apa yang jadi PN jika PH menang PRK KKB

“Ayat ini memberi gambaran bahawa moral dan semangat di pihak Perikatan Nasional sudah terhakis, dan seolah-olah mereka sudah bersedia untuk mengakui kekalahan,” katanya melalui aplikasi TikTok pada Selasa.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan menyuarakan kritikan bahawa kerajaan telah menyalahgunakan aset untuk berkempen dalam PRK KKB, dan PN akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya jika PH menang dalam PRK tersebut.

PRK tersebut melibatkan empat calon, iaitu Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia), dan Nyau Ke Xin (Bebas).

BACA: “Kalau basuh baju suami, dia basuh balik baju tu, dia takkan pakai, kalau aku lipat baju dia pun sama, bila aku buat air, dia takkan minum”