JDT akhirnya buka mulut beri respon kes Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memberikan respons terhadap isu keganasan yang melibatkan beberapa pemain

seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim, dan yang terkini, Safiq Rahim.

Minggu yang gelap bagi arena bola sepak Malaysia apabila kes keganasan yang mengancam nyawa dan keselamatan para pemain bola sepak negara

berlaku secara berterusan. Yang terbaru, pemain tengah JDT, Safiq Rahim, menjadi mangsa.

Safiq Rahim memuat naik satu hantaran di Instagram beliau yang memaparkan gambar cermin belakang kenderaan Honda City miliknya yang telah dihentam menggunakan tukul oleh individu misteri yang menaiki motosikal.

JDT akhirnya buka mulut beri respon kes Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim

“Tak sangka saya pula diserang berdekatan pusat latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga,” tulis Safiq di Instagram pada lewat malam Selasa.

Kes ini mendorong JDT untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan kebimbangan pasukan mengenai keselamatan para pemain skuad Harimau Selatan dan juga pemain dari pasukan lain.

JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards, menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan proaktif bagi menangani isu ini dengan segera.

“Kami menggesa Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat perkara ini dengan segera,” ujar Alistair Edwards dalam kenyataan tersebut.

JDT juga menyokong sepenuhnya bahawa isu keganasan ini tidak ada tempatnya dalam dunia bola sepak dan telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap para pemain.

“Insiden ini, bersama dengan serangan terhadap Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak boleh diterima dalam dunia bola sepak. Berikutan kejadian-kejadian terkini, JDT telah mengukuhkan lagi keselamatan para pemain sebagai langkah pencegahan.”

Sebelum ini, pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian badannya akibat dipukul menggunakan cota.

Manakala, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, yang kini sedang berjuang nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat membeli-belah terkemuka pada Ahad lepas.

BACA: “Baru setahun kahwin tapi dalam diam suami getback dengan ex gf sebab aku tak mengandung lagi…”