Perkenalkan diri, aku Gerimis. Wanita 38 tahun, dah berkahwin mempunyai 4 orang anak (15, 12, 9, 4).
Bukan nak cerita hal rumah tangga tapi nak kongsi kisah sedih raya aku tahun ni. Dan begitu jugakla setiap kali raya sebelumnya.
Sedih bagi aku tapi mungkin tak berapa sedih bagi orang lain sebagai pembaca. Huhu entahla
Dari raya pertama sampai la ke harini, alhamdulillah rumah aku tak berhenti didatangi tetamu dari kalangan saud4ra mara.
Aku ada kawan tapi taklah ramai mungkin sebab aku sedikit introvert.
Aku tak tau nak meluah dekat siapa jadi aku fikir platform ni mungkin sesuai untuk aku melepas rasa.
Dari zaman sekolah membawa ke Uni, memang aku tiada kawan sangat. Adalah beberapa kerat je yang masih contact sampai sekarang itu pun tak selalu, cukup sekadar kami saling berbaIas wasap bertanya khabar sesekali jika berkelapangan.
Dari kalangan saud4ra mara tu agak ramai jugak la yang datang beraya. Sebelah mak abah, dan saud4ra mara sebeIah suami. Hubungan kekeluargaan aku dengan semua memang agak baik dan harmoni saja, tiada isu sangat sebab mungkin aku dan keluarga jenis tak suka berbalah dan kami jenis bersederhana, mengalah dan menurut saja dalam semua hal.
Sikap baik mak ayah aku yang jenis tak suka campur hal peribadi adik beradik diorang juga membuatkan keluarga aku dari kecik jarang atau hampir tak pernah tengok mak dan ayah berkrisis atau bertelagah sesama adik beradik mereka.
Pendek kata family aku ni sentiasa “peace maker” dan jenis takkan campur dengan sebarang konflik keluarga. Oleh hal yang demikian lah, rumah kami sentiasa jadi rumah tumpuan setiap kali hari raya, tak kira raya haji atau raya puasa.
Rumah mak abah aku, dan juga rumah aku sendiri tak pernah sunyi didatangi tetamu. Alhamdulillah aku bersyukur. Sebab Rasulullah pernah bersabda “rumah yang sentiasa didatangi tetamu tu adalah rumah yang penuh dengan keberkatan dan murah rezeki”.
Aku percaya rumah yang selalu didatangi tetamu tu juga membawa keberkatan untuk tuan rumah. Ditambah dari kecik aku dan adik beradik sentiasa dididik dengan melayani tetamu dengan baik. Pendek kata kalau tetamu tak kira jauh atau dekat datang bertandang, mereka takkan hampa.
Sebab kami akan jamu mereka dengan makanan berat dan balik dengan perut kenyang. Mak dan abah aku sentiasa ingatkan kami semua kalau ada orang datang, bawak la keluar semua makanan yang ada, jamu mereka dengan makanan yang baik – baik, guna cawan dan pinggan yang paling elok, yang ada dalam almari bukan untuk menunjuk tapi sebagai tanda kita memuliakan mereka.
Asas didikan tu lah sampai sekarang memang aku praktikkan dan jadi janggal kalau layan orang lebih kurang bila mereka datang ziarah di rumah, walaupun hanya adik beradik ipar duai sendiri. Aku pulak, bila orang call bagitau nak datang je, memang aku jarang menolak tanpa sebab. Aku akan masak dan pastikan melayan mereka dengan baik.
Kalau hari tu rezeki aku nak masak kari ayam dengan sayur, itu jugakla menu yang akan aku hidang pada tetamu. Amat jarang sekali tetamu datang aku hanya hidang biskut dengan teh. Paling kurang pun mesti goreng bihun, mee, kue teow atau buat cucur pisang.
Pendek kata kalau tetamu nak datang, dapur aku mesti berasap, walaupun hanya buat teh o, lempeng bawang panas dengan sambal ikan bilis. Letih? Memang letih ya bila tetamu datang rumah kita. Lepas masak, hidang, cuci, mengemas.
Ya memang sangat letih tapi aku gembira dan ikhlas kerana pada aku itulah ladang pahala nanti di akhir4t. Sejujurnya, aku ikhlas dan gembira jamu tetamu makan. Aku gembira sambut mereka kerana sudi datang bertamu rumah aku.
Ada sekali tu tetamu on da way balik ke KL selepas beraya di kampung, lepas hadap jem berbelas jam, badan dah letih, on da spot call aku kata nak datang singgah beraya, aku yang memahami ni teruslah jemput datang rumah dan masak nasik dan lauk untuk jamu mereka makan.
Sebab aku faham mereka dah kelaparan, balik nanti tentulah tak lalu dah nak memasak apa semua, nak singgah kedai pun mungkin tak larat atau mungkin dah habis bajet. Jadi singgah rumah aku atas tiket “beraya” sambil melepas lelah adalah paling tepat. Ada yang call nak datang beraya pukuI 9 malam.
Waktu tu aku dah lepak atas tilam, dah alang – alang seharian beraya, nak datang rumah aku untuk last dinner sebelum balik rumah jadi complete lah meal mereka untuk hari itu katanya seharian lepas round beraya semua rumah. Aku ok je.
Dalam kekalutan tu aku bangun goreng nasik dengan sambal sardin, apa yang ada asalkan tetamu yang datang beraya nanti tak hampa dan ada sesuatu juga untuk dimakan. Dan bermacam – macam lagiIah tetamu yang datang.
Dari raya pertama sampai dah nak penghujung raya, aku tetap setia di rumah, memasak, dan melayan orang tanpa aku sendiri berkesempatan keluar beraya. Anak – anak aku sampai bersungut kebosanan sebab tak keluar rumah.
Anak yang sulung sampai cakap “mama kita asyik tunggu orang datang raya je. Kakak pun teringin nak merasa pergi beraya rumah orang pulak. Asyik makan makanan kat rumah je teringin nak rasa masakan orang lain pulak. Teringin nak rasa dilayani sebagai tetamu sebab dah asik kita je terima dan melayan tetamu dari siang sampai ke malam tanpa henti”.
Sebagai seorang ibu, aku faham perasaan anak – anak. Setiap kali ada tetamu datang rumah anak – anak aku juga terlibat membantu di dapur. Sekurangnya kena cuci cawan atau lap pinggan. Jadi lepas berbelas hari terperap dirumah, aku ambil kesempatan untuk “bercuti” dari dapur dan berniat nak bawa anak – anak aku pula pergi beraya dan merasa nikmat hari raya.
Yang paling sedih, setiap kali call nak datang semua bagi alasan takde rumah, tak free, ada kerja, nak pergi berjalan, dan macam – macam lagiIah. Aku pun ada otak, aku takkan call pada hari biasa, sudah tentulah call pada hujung minggu.
Yang aku tau suri rumah tak kerja pun bila aku call nak datang ziarah raya, macam – macam alasan dia bagi. Ada keluarga lain nak datang rumah lah, anak demam lah, dan paling aku sentap dengan ayat “rumah aku takde apa kalau kau nak datang raya, kuih muih pun dah habis”.
Allahu… Rasa nak menitik air mata. Tak taulah kalau aku yang terlebih emo ambil pusing hal – hal kecik macam ni. Aku bukan datang terjah, tapi sudah call lebih awal bagi tau nak datang, nak pastikan mereka ada di rumah.
Cuma aku nak meluah, bila time mereka taknak keluar duit makan, malas nak masak untuk anak – anak hujung minggu, time nak makan free, nak bersenang lenang, mereka suka – suka call aku bagitau nak datang atas tiket nak ‘beraya’. Sebab mereka tau sikap aku yang takkan melecehkan tetamu.
Tapi tiba giliran aku, aku ditolak mentah – mentah macam orang yang takde maruah. Jujur aku sangat terasa hati. Tatkala aku memberi seluruh keringat keikhlasan untuk mereka, aku dilayan seperti kucing kurap jalanan bila aku beritahu nak datang rumah mereka.
Ada yang tak segan silu sound aku dengan ayat “raya dah habis sambil bagi emoticon ketawa dekat wasap” bila aku bagi tau nak bawak anak – anak datang beraya. Dengan harapan aku faham bahawa mereka tidak senang nak terima tetamu waktu itu dalam nada bergurau.
Aku rasa sangat sedih sampaikan masa baca wasap tu air mata aku tak sengaja keluar. Barulah aku faham yang selama ni orang datang rumah aku hanya untuk seronok dilayan dengan makanan sedap – sedap, tanpa mereka perlu bersusah payah sinsing lengan. Datang terus duduk dan hadap je makanan yang dah tersedia.
Dah kenyang boleh balik. Tanpa mengambil kira dan menyelami erti sebenar ziarah dan Aidilfitri. Baru aku tau selama ni rumah aku hanya dijadikan alasan dan transit untuk mereka melepas lelah, berehat laki bini sambil membiarkan anak – anak mereka bebas bermain dalam rumah aku tanpa perlu risau.
Yelah, anak – anak aku kan ada, jadi mereka boleh makan dengan aman sambil anak – anak aku bermain dengan anak mereka. Pendek kata rumah aku ni cukup cozy dan cukup sifat untuk tetamu datang berehat dan melapangkan fikiran.
Baru aku tau sikap baik dan ikhlas aku selama ni hanya dijadikan platform untuk mereka bersenang lenang dan berseronok pada hujung minggu tanpa perlu mengotorkan rumah mereka. Mereka boleh datang makan rumah aku pada bila – bila masa.
Ada yang siap “order” nak mintak aku masak itu ini sebab mereka tau aku takkan hampakan. Tapi bila tiba giliran aku, aku dilayan acuh tak acuh seperti manusia yang tiada nilai. Sungguh aku sangat sedih dan terasa hati.
Bilamana aku tak pernah berkira belanja wang ringgit beli lauk pauk untuk hidangan tetamu, tapi bila tiba giliran aku, seolah – olah ia jadi satu beban untuk mereka. Sungguh la aku cakap, orang zaman sekarang memang jauh beza adab dan akhlak dengan orang zaman dulu.
Orang zaman sekarang bila tetamu dah nak sampai depan rumah, dia boleh “halau” begitu sahaja tanpa fikir hati dan perasaan orang. Dia boleh datang makan rumah orang sesuka hati, tapi bila waktu orang lain nak datang rumah dia, dia berkira dan malas ambil pusing.
Hal – hal silaturrahim dia tak peduli asalkan dia tak susah dan taknak penat. Asalkan kuku dia tak rosak dek kunyit, asalkan dapur dia tak perlu kotor dan berminyak, asalkan dia tak perlu bawa keluar duit, dia tak kisah dan tak peduli.
Jujur, aku datang bukanlah nak baIasan dengan makanan. Aku sendiri boleh masak lebih sedap dari mereka, aku cuma nak bergembira, dan menyantuni. Cukup sekadar hidang sirap kosong dan saki baki kuih raya, aku tetap gembira.
Sebab aku tak pernah di ajar datang rumah orang berniat untuk makan sampai kenyang. Erti ziarah adalah silaturrahim dan menyantuni budi, bukan untuk meminta – minta baIasan walaupun aku dah biasa tetamu datang rumah aku siap request nak makan itu ini. Aku ikhlaskan dan aku halalkan.
Tapi kenapa bila aku nak datang rumah mereka, suka – suka aku ditolak dengan alasan yang aku tau ia dibuat – buat? Tahun 2024 ni mungkin raya terakhir buat aku. Tiada lagi tetamu selepas ni sampai bila – bila. Dan sambutan raya akan datang mungkin aku akan keluar pergi bercuti dengan keluarga membawa anak – anak berhibur.
Tiada lagi masak – masak, tiada lagi pintu terbuka untuk tetamu dan orang luar. Dan aku juga tak akan ziarah ke rumah sesiapa lagi melainkan rumah ibu bapa dan adik beradik kandung sendiri selepas ni. Mungkin orang akan kata aku over dan emo tak kene tempat, tapi ketahuilah bila kita di “reject” tanpa memikir hati dan perasaan, perkara itu sangat menggur1s jiwa dan aku tak boleh lupa sampai bila – bila.
Aku tak boleh lupa air muka anak – anak yang kesedihan bila aku call secara onn speaker handphone, anak – anak aku dengar mereka reject kami mentah – mentah dengan alasan kelakar tak munasabah semata – mata taknak kami datang rumah mereka.
-“Nak datang raya? Alaa… raya dah habis “
-“Kau nak datang ke harini?.. ala aku tak tau nak masak apa”
-“Wei kuih rumah aku dah habis, lagipun aku nak keluar ade hal”
-“Next time lah datang, nanti aku bagi tau bila tarikh aku free”
-“Ala seganlah.. rumah aku takde apa”
-“Sori baru tengok fon, tak perasan kau wasap cakap nak datang, aku takde prepare apa – apa”
-“Kau nak datang ke? Nanti aku call orang lain jugak kalau ade yang nak datang sekali, senang order makanan sekali je kalau sikit – sikit leceh la aku malas nak kemas rumah banyak kali”
-“Lah aku kerja ni… raya dah habis” Tunggu raya haji lah, nanti aku buat makan – makan jemput kau datang.
Serius rasa terh1na giIa. Dan aku takkan lupa ayat anak aku, “Mama kenapa orang boleh selalu datang rumah kita tapi bila kita nak datang rumah orang, macam – macam alasan diorang bagi”.
Tak mengapalah nak.. kita tak mampu nak p4ksa orang terima kita. Ikhlas kan, halalkan apa yang dah lepas. Semoga Allah baIas dengan pahala.
After this, No more raya. My door are closed forever. – Gerimis (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Muallimah Rose : Sis.. ada orang betul baik dengan kita dan orang buat – buat baik dengan kita.. pastinya kita sahaja yang boleh beza. Buang orang yang buat – buat baik ni seandainya merosakkan emosi kita. Jangan sedih berlebihan, jangan fikir berlebihan untuk orang bersikap sebegitu.
Sayangi diri emosi kita sis.. Tak ramai kawan tak apa, daripada ramai tetapi meny4kitkan. Jangan sedih, kebaikan yang telah sis buat in shaa Allah pahala ganjaran utk sis. Terus berbuat baik, in shaa Allah akan hadir orang baik mendekati kita.
Hisham Jejai Musa : Buat satu tarikh khas open house. Masa tu nak datang.. datang. Taknak datang takyah datang. Dari buat open house hari – hari. Pastu kalau ada orang jemput.. pegiIah beraya
Kalau takda.. hujung minggu pegi jalan – jalan. Takpun bercamping dengan anak – anak. Jaga mental health sendiri lagi elok dari memikir apa yang orang buat kat kita.