Kadang buah mangga yang disimpan tak sedar sudah terlebih masak.
Jangan pula dibuang kerana boleh diolah menjadi agar-agar yang sedap sebagai pencuci mulut.
Untuk membuat agar-agar antara petuanya ialah masak hingga mengelegak.
Jika ia tidak mengelegak ia tidak menjadi keras. Selain itu, pastikan ia disejukkan beberapa jam sebelum dinikmati.
Mangga terlebih masak jangan dibuang ini cara mudah buat agar agar mangga yang sedap
Masuk peti ais baru betul-betul menyelerakan apabila dihidangkan.
Pengalaman membuat agar-agar mangga ini pasti akan membuat anda menyukainya kerana ia amat mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan:
3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sedikit untuk dijadikan inti)
½ cawan gula
½ cawan susu cair
½ cawan susu manis
1 sudu teh pewarna kuning
1 liter air
1 peket serbuk agar-agar
Secubit garam
Cara-cara menyediakannya:
1. Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
2. Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
4. Masak sehingga ia mengelegak.
5. Biarkan sebentar baru tutup api.
6. Tuang di dalam acuan yang sesuai.
7. Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
8. Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti ais.
Siap!
Baca:Pencapaian 2 pelajar akaun UiTM raih pujian netizen, raih tempat kedua dunia peperiksaan ACCA