Trend ‘wariskan rumah’ kepada haiwan ini buat kerajaan pening kepala, rupanya ada yang sanggup buat benda ni

Oleh ISMAIL YAHYA

Polis Iran sedang menjalankan siasatan selepas sebuah video tular apabila sebuah agensi hartanah menjual pangsapuri kepada seekor anjing.

Menerusi rakaman video yang tular itu, sepasang suami isteri dari Iran itu menukar hak milik rumah kepada seekor anjing berbulu putih.

Dalam video sama, kelihatan haiwan bernama Chester meletakkan kakinya pada pad dakwat dengan bantuan seorang wanita sebelum kontrak perjanjian itu dicap.

“Pasangan itu tidak mempunyai waris dan mahu menjual pangsapuri itu kepada anjing mereka,” katanya.

Walaupun tiada undang-undang melarang pemilikan anjing namun haiwan itu dianggap najis oleh negara negara islam.

Trend ‘wariskan rumah’ kepada haiwan ini buat kerajaan pening kepala, rupanya ada yang sanggup buat benda ni

Pada Ahad, agensi berita Isna melaporkan bahawa polis menjalankan siasatan susulan video tular itu.

‘”Polis menahan ketua agensi hartanah dan menutup firma itu pada Sabtu,” kata laman web badan kehakiman Mizan Online, memetik timbalan pendakwa raya, Reza Tabar.

Menurut Reza, perbuatan itu hanya ingin menormalkan pelanggaran nilai moral masyarakat yang sememangnya ditentang oleh kerajaan.

Broker hartanah yang ditahan itu masih belum diketahui identitinya.

Baca juga: “Aku sakit hati dengan anak tiri, aku tak boleh marah dia langsung, lama-lama aku jadi benci sampai tahap dia bernafas tepi aku pun benci”