Gara-gara rapatkan saf hingga bersentuh kaki, pemuda dicekik jemaah warga emas

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Hubungan baik sesama manusia sangat dituntut di dalam Islam.

Silaturahim yang terjalin dapat menzahirkan kasih sayang dalam sesebuah masyarakat.

Namun begitu, perkongsian daripada penyampai radio, Anas Tahir menerusi kejadian yang dilihat

ketika mengerjakan solat jemaah di sebuah masjid di Bukit Jelutong mengecewakannya.

Katanya, sebaik sahaja imam memberikan salam, di saf pertama, salah seorang jemaah (warga emas) mencengkam leher jemaah pemuda disebelahnya.

Gara-gara rapatkan saf hingga bersentuh kaki, pemuda dicekik jemaah warga emas

“Imam tengah wirid dia suruh budak tu pergi ke belakang. Dia bangun, dia pergi lock tangan budak ni. Tapi budak tu tak balas apa-apa,” katanya.

Tindakan jemaah warga emas itu dikatakan kerana pemuda berkenaan merapatkan saf dan kakinya bersentuh dengan jemaah warga emas berkenaan.

Melihat kejadian itu, Anas sangat terkejut dan beristighfar beberapa kali. Anas juga memuji sikap pemuda berkenaan yang tidak melawan sebaliknya hanya mendiamkan diri.

Kongsinya lagi, jemaah lain cuba mententeramkan keadaan, namun dilihat jemaah warga emas berkenaan seolah masih tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, Anas turut menitipkan pesanan agar bersikap sabar dalam sesuatu perkara.

“Orang yang kuat ni bukan orang yang boleh tumbuk orang, tapi orang yang menahan sabar diwaktu dia mampu lakukannya.

“Hubungan dengan Allah tu dah bagus tapi hubungan dengan manusia pun kena jaga juga,” katanya.

BACA: “Aku sakit hati dengan anak tiri, aku tak boleh marah dia langsung, lama-lama aku jadi benci sampai tahap dia bernafas tepi aku pun benci”