“Balik dari outstation terus pergi rumah Su rupanya dia ada simpan lelaki lain, malunya dengan isteri sampai aku

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Segala pangkat, harta dan juga kesenangan yang ada didunia ini adalah antara ujian yang diberikan allah kepada hambanya.

Lebih-lebih lagi buat seorang suami yang hidupnya sentiasa dilimpahkan rezeki dek kerana memberi kesenangan kepada anak dan isteri.

Lelaki ini berkongsi kisah dirinya yang menduakan isteri namun tersedar awal kerana ditipu hidup hidup oleh wanita yang bernama Su.

Tujuan saya menulis ke ruangan ini bukan hendak mengutuk kaum sendiri atau mengiakan apa juga cerita kaum wanita

. Sebaliknya berharap pengalaman pahit yang saya t3mpuhi ini dapat dijadikan iktibar oleh suami di luar sana

“Balik dari outstation terus pergi rumah Su rupanya dia ada simpan lelaki lain, malunya dengan isteri sampai aku

terutama mereka yang ada niat menyimpan kekasih gelap mahupun hendak beristeri lebih daripada satu.

Hi, nama saya Khaz. Saya sudah beristeri dan ada 4 orang anak yang sihat dan bijak, saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui bukan niat membuka pekung di d4da. Tapi mengakui apabila diri dilanda gelombang asmara lelaki sering lupa tanggungjawab mereka, bukan tak sayangkan isteri, tetapi sekadar ingin mencuba, kalau boleh nak kahwin lagi.

Biasanya melalui ruangan ini saya baca kisah suami curang yang diceritakan oleh para isteri, kalau dulu saya senyum sinis, tetapi setelah berlaku pada diri sendiri barulah saya sedar dugaannya amat berat. Saya mengaku saya curang kepada isteri yang banyak berkorban dan setia kepada saya selama ini.

Kami berkahwin lebih 10 tahun hidup kami memang bahagia kerana perkahwinan kami dibina atas dasar cinta. Bertambah erat apabila dikurniakan anak yang berpasang- pasang, tetapi siapa sangka keadaan itu berubah apabila saya m4buk cinta untuk kali kedua.

Episod kecurangan saya bermula apabila asyik melayari facebook yang menjadi kegilaan orang tak kira tua muda masa kini. Nak dijadikan cerita dalam fb ini saya terjumpa kekasih lama saya Su ketika kami masih belajar di sekolah menengah lagi tetapi hubungan kami terputus setelah masing-masing melanjutkan pelajaran.

Gembiranya hati apabila ditanya Su mengaku, itulah gambarnya dan itulah keadaannya. Apalagi segala kenangan manis ketika kami bercinta dahulu, kembali berasap dan berapi semula. Perkenalan kami berlanjutan dan kami mula bertukar nombor telefon.

Gelora cinta saya kembali ghairah apabila saya dapat tahu dia kembali single setelah dikecewakan kekasihnya. Mulanya kami hanya berbual biasa tapi lama kelamaan langkah kami sem4kin panjang sehingga keluar minum dan makan-makan.

Su tahu yang saya sudah berkahwin dan saya pernah kenalkan dia pada isteri saya Hidayah. Tapi Su masih layan saya dengan baik malah bertambah mesra dan dia tidak pernah menolak apabila diajak keluar minum dan makan waktu malam.

Bila selalu dilayan dengan manja dan senyum lentoknya membuatkan saya lupa isteri dan anak-anak di rumah. Akhirnya daripada seorang ayah penyayang dan suami bertanggungjawab saya lupa diri. Hari-hari tumpuan saya hanya pada Su.

Anugerah Allah menambahkan rezeki dengan menaikkan pangkat saya, rupanya ujian untuk saya yang saya tak nampak. Sejak naik pangkat dan gaji bertambah saya mula belajar menipu Hidayah yang setia di rumah. Saya balik lewat dari pejabat dengan alasan banyak kerja.

Dan Hidayah percaya cerita saya. Pada hal lepas waktu pejabat saya berkejar jumpa Su dan saya habiskan masa dengannya hingga lewat malam baru saya hantar dia pulang. Peliknya bila tiba di rumah saya jadi muak tengok muka Hidayah, sejak itu perhatian saya banyak tertumpu kepada Su.

Perasaan muak membuat saya rasa menyampah dan tidak betah duduk di rumah. Dan lebih pelik ketika itulah saya mula nampak kelemahan Hidayah. Ada saja benda yang tidak kena di mata bila melihat Hidayah menyebabkan kerap berlaku pertengk4ran.

Akhirnya Hidayah suarakan perubahan yang dia nampak pada saya. Tapi saya tidak peduli. Anak-anak pun saya tidak kisah. Tengah m4buk cintalah katakan. Macam-macam saya beli untuk Su kerana saya yakin Su masih mencintai saya.

Kerana yakin cinta berbalas maka saya tidak ambil tahu apa keperluan Hidayah dan anak-anak kerana Hidayah akan uruskan sebab dia bekerja dan bergaji. Saya lupa janji dengan Hidayah dulu jika saya dinaikkan gaji. Saya juga cepat berang dan meradang bila Hidayah mempersoalkan ke mana gaji saya dihabiskan, kerana belum hujung bulan saya akan tebalkan muka pinjam duit darinya.

Walaupun kecewa tapi Hidayah tetap hulurkan bantuan. Bila selalu keluar berdua pasti makhluk ketiga akan sesatkan umat Muhammad S.A.W, dan akibatnya saya dan Su terlanjur. Bukan sekali dua tapi setiap kali berjumpa.

Akibatnya saya jadi lebih angau kalau tidak jumpa. Setiap malam saya pasti jumpa Su sebelum balik rumah. Bila di rumah saya jadi dingin nak layan Hidayah sehingga dia mengesyaki saya dan bertanya apa yang sedang bermain di hatinya.

Akhirnya saya terp4ksa mengaku tengah bercinta dan akan kahwin lagi satu, Hidayah terus menangis dan minta dilepaskan kerana tidak sanggup bermadu. Ketika itu saya tidak fikir perasaan dia. Saya katakan padanya saya tidak akan lepaskan dia kerana saya masih sayangkan dia dan anak-anak cuma saya ingin kahwin lagi satu.

Tak boleh ke? Saya yakin saya mampu menguruskan keluarga dengan gaji saya yang ada sekarang. Tapi Hidayah walaupun nampak lembut dia tetap berkeras minta diceraikan dengan alasan saya tak mampu dari segi zahir batin, tu belum masuk bab perasaan dan hati saya lagi.

Kerana desakan cinta dan saya kurang berikan perhatian pada Hidayah hubungan kami suami isteri jadi semakin dingin. Namun Hidayah tetap melayan makan minum dan menjaga urusan rumah walaupun dia kecil hati dengan keputusan saya.

Saya tetap tidak pedulikan perasaannya dan anak-anak saya biarpun ketika itu mereka sedang menghadapi peperiksaan penting. Kerana matlamat utama saya tetap hendak kahwin dengan Su itu cinta pertama saya sebelum kenal Hidayah, dan saya patut membantunya ketika dia sendirian.

Niat tetap saya teruskan. Namun saya tidak ri4k jika ditakdirkan itulah kehendakNya, saya akan turutkan, begitu juga jika sebaliknya kerana sebagai manusia kita mampu merancang Allah yang menentukan. Hendak jadikan cerita satu hari awal tahun ini, saya ditugaskan ke luar daerah untuk sebulan.

Bila pulang saya tak ke rumah, sebaliknya ke rumah Su untuk melepaskan rasa rindu. Tapi, alangkah terk3jutnya bila sampai depan rumah Su, saya nampak ada sebuah kereta dan di dalamnya ada lelaki. Tidak lama kemudian saya nampak Su keluar dengan senyum lentok lalu masuk ke dalam kereta tadi.

Berderau dan h4ncur rasa hati. Rasanya mahu saya terkam Su ketika itu. Namun saya kuatkan hati, dengan rasa marah saya memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah Hidayah tak berani menyapa saya kerana dia melihat wajah saya yang tengah beng4ng.

Keesokan saya pergi ke tempat kerja Su minta penjelasan dengan apa yang saya nampak semalam. Ringkas jawapan Su sambil senyum melirik, “Dah awak beri saya terima!! Rezeki jangan ditolak”. Su mengaku dia terp4ksa layan saya kerana saya banyak melabur untuknya.

Lelaki tersebut adalah kekasihnya yang bertugas di luar negera baru pulang ke Malaysia. Ketika itu baru saya sedar rendahnya martabat wanita sekarang tidak kira sama ada dia warga asing atau tempatan. Mereka sanggup gadai maru4h untuk kesenangan yang dicita.

Bila teringat isteri di rumah terasa malu dengan balasan yang Allah tunjukkan pada saya ini. Apa yang saya kejar selama ini hanya fatamorgana. Kepada suami yang belum terjebak dengan skandal seperti ini pesanan saya hargailah isteri kita.

Mereka ibarat pohon kurma, ketika dibaling dengan batu, maka gugurlah buahnya. Ia berbuah tidak mengira musim, panas mahupun sejuk dan ia mengandungi pelbagai khasiat. Benarlah firman Allah dalam Surah Ar-Rum: 21 yang bermaksud

Dan di antara tanda-tanda (kebesarannya)- Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Baca juga: Wanita terkejut ada suara mengajuk ketika dodoi anak, rupanya tak elok buat bunyi ‘shushh, shushh’