Nama aku An (bukan nama sebenar). Ini kisah aku. Kisah hidup budak perempuan yang maIang pada sangkaan aku
Apa sahaja cebisan ujian daripada Tuhan yang aku tak hadap. Susah, merintih, menangis..
Hampir sahaja aku pernah berniat untuk tamatkan kehidupan aku. Tapi aku diajar soal agama dan aku tau perbuatan itu berd0sa.
Sejak kecil, aku hadap macam – macam kesusahan. Aku rasa macam takde satu hari pun yang aku bawa keuntungan.
Daripada umur aku 5 tahun aku dah temankan mak menoreh. Kumpul tin. Sebab aku anak bekas ask4r.
Biasalah mana ada ask4r cakap dengan anak lembut – lembut. Aku perempuan tapi aku diasuh macam jantan. Buat kerja berat dengan mak aku.
Mak aku dulu pernah jual jajan. Tu je sumber pendapat mak nak bagi aku duit sekolah tapi ada satu hari cikgu agama kutuk mak aku kat perhimpunan kata jangan makan jajan yang mak cik tu jual nanti b0doh. Tau tak masa tu aku sedih sangat orang kutuk mak aku kat perhimpunan. Pulak tu cikgu agama.
Sejak tu aku benci orang yang ada perwatakan alim. Alim tapi jahat. Ditakdirkan tuhan selepas kelahiran aku, ayah aku disahkan buta sebeIah mata. Pernah tak kau bayangkan bertapa payahnya mak aku kena jaga aku yang dalam hari dan pada yang sama kena jaga ayah aku baru je buta sebeIah mata.
Kenapa tuhan lahirkan aku. Kalau aku tak lahir, aku tak susahkan kedua – dua orang tua aku. Sejak kecik aku introvert dan sejak kecik banyak benda yang tak berpihak pada aku. Tapi aku dikurniakan kecerdikan dan cepat tangkap.
Masa sekolah rendah, ada pertukaran hadiah. Senior kena beri hadiah pada junior tapi nak tau tak. Aku seorang je yang takde senior nak tarik tangan aku untuk diberikan hadiah. Aku sengih. Sebab masa tu aku kecik lagi mana ada perasaan jeles. Mungkin baju aku buruk. Budak miskin kan. Mana ada orang suka. Aku pendam.
Naik saja sekolah menengah, aku jadi pengawas. Macam biasa, budak introvert macam aku mana ada orang nak kawan. Kadang – kadang aku selalu fikir kenapa aku tak boleh happy macam orang lain. Kalau pergi rombongan mesti aku la si ganjil yang takde pasangan nak naik bas. Semua kesiaIan jatuh pada aku.
Dalam kelas pun aku duduk dengan budak cina yang takde pasangan jugak. Sedihkan. Masa belajar, aku usaha la sekuat mana pun. Markah aku mesti merah. Aku selalu tanya tuhan kenapa hasil yang aku dapat tak setimpal dengan usaha aku. Takde jawapan. Dah la hidup takde kawan.
Jadi disebabkan aku tau takde nak jadi best friend aku. Maka semua benda aku citer kat mak. Mak memang pendengar yang setia. Isteri yang sangat baik. Aku tak pernah dengar mak marah. Lepas tu aku masuk matrik. Itulah pertama kali aku duduk asrama dan jauh daripada keluarga. Kadang – kadang cemburu dengan keluarga orang lain setiap minggu melawat anak.
Aku? Mak dan ayah aku sangat susah nak datang sebab diorg takde kend3raan yang sesuai dan ayah aku tak selesa duduk lama dalam kereta. Bayangkan daripada johor nak ke melaka sejam juga. Aku pernah termarah mak, “kenapa tak datang melawat kita”.
Ya Allah berd0sa sangat aku masa tu. Kenapa tergamak aku cakap camtu kat mak padahal aku tau mak ayah aku orang susah. Sejak itu aku hidup berdikari. Belajar beli tiket bas. Solo ranger balik kampung. Settle. Setahun kemudian aku dapat tawaran masuk u ke pantai timur. Lagi jauh kan? Nak buat macam mana. Aku pergi kan juga.
Mak ayah aku datang sekali masa daftar dan masa konvo sahaja. Sepanjang tu aku hidup berdikari. Hidup di u lagi menc4bar. Dengan aku yang introvert tak banyak kawan. Banyak kali la aku kena palau. Kadang – kadang tu kalau buat team group mesti aku takde group. Sedihkan.
Yela aku tak lawa. Miskin. Untung aku dapat roomate yang baik hati. Kadang – kadang diorang kongsi rezeki dengan aku. Disebabkan aku terlampau fokus nak berikan terbaik dalam pelajaran kadang – kadang aku emosi tak boleh dengar suara bising.
Banyak kali jugakla roommate aku sentap dengan aku. Aku sangat serabut dengan keadaan bising. Aku sayang diorang macam family aku sendiri tapi pada masa sama aku str3ss. Macam biasa lagi. Bertapa maIangnya aku, setiap kali aku struggle, markah aku masih cukup cukup makan.
Aku pernah menyorok kat tangki air asrama aku sebab nak cari ketenangan. Puas budak bilik cari tak jumpa. Aku tak suka luahkan apa aku rasa pada orang. Sengsara aku, aku pendam. Kadang – kadang aku lepak library daripada mula buka sampai la tutup lepas tu aku carik port yang aku tak nak balik bilik.
Masa kat u. Aku bajet duit makan aku RM2 je sehari. Tipula kalau aku takde perasaan sedih bila tengok kawan beli air coolblog macam beli air mineral. Aku? Makanla sisa baki makanan roomate aku yang diorang tak nak makan.
Kadang – kadang diorang halang tapi aku kata jangan buang rezeki biar aku makan. Indahkan ujian aku dapat. Begitula proses kehidupan aku yang tak tahu bilanya aku temui kebahagian. Lepas je study. Aku dimurahkan rezeki dapat kerja yang jamin masa depan aku.
Hah lagi sekali aku terharu. Aku dapat sebab mak aku bernazar rupanya. Masa lapor diri, beriya – iya la ayah aku duk hantar padahal masa tu mata sebeIah lagi dah tinggal 1% je dia boleh nampak. Dia kata dia bangga aku dapat kerja. Tapi sayangnya dia tak nampak aku pun.
Dia dah dik4tegori buta dua – dua beIah mata. Nice. Sekali lagi ujian aku. Akulah tu si pembawa maIang tu dari aku lahir. Kat tempat kerja aku tak banyak cakap. Kadang – kadang tu aku jeles dengan budak kat tempat kerja. Boleh ketawa. Boleh happy. Ada keluarga bahagia. Aku? Tak berguna.
Tahun 2022 ujian paling terbesar Allah bagi pada aku. Guess what. Mak ditakdirkan dapat k4nser. Wow sampai level ni. Segala macam bentuk ujian aku cakap dari kecik sampai besar aku kena hadap. Duit tak cukup beli ubat mak.
Gaji habis beli pampers dan keperluan mak. Kawan – kawan sorang demi sorang tinggalkan aku. Yelah mungkin fed up gak kalau asyik dengar kisah masalah hidup aku. Aku pun tak nak la hidup susah sampai macam tu sekali.
Kalau boleh diberi pilihan biar aku je yang s4kit. Mak aku dapat surv1ve setahun je. Lepas tu mak meninggaI juga. Aku hilang kawan baik aku. Sumpah aku lost. Percaya tak lepas 2 bulan mak pergi. Ayah aku pula menyusul.
Yup Tuhan ambil dua – dua dalam tahun yang sama. Tamat aku tak ada ayah. Takde mak. Dengan siapa aku nak teruskan hidup. Gelap hidup aku. Aku k0rbankan semua. Zaman remaja aku. Kegembiraan aku. Segalanya untuk mak dan ayah aku. Sebab dalam hidup aku cuma hanya mak dan ayah. Aku puas jaga mereka.
Aku selalu cakap kat diri aku. Aku kena reda. Aku kena terima lalui semua keperitan ni sebab aku yang bawak maIang dalam hidup mak ayah. Kalau aku tak lahir, mak ayah aku mungkin tak perlu bekerja keras. Aku gagal dalam semua perkara. Rezeki aku cuma dapat jaga mak ayah hingga hujung nyawa.
Sekarang lepas apa yang berlaku, aku slow – slow bangkit atas kaki sendiri. Seminggu mak aku meninggaI aku dah boleh pergi kerja. Boleh ketawa dekat opis tapi setiap kali dalam perjalanan balik, aku menangis sepanjang jalan nak sampai ke rumah. Aku tak nak diorang nampak aku lemah.
Kadang – kadang sumpah tau aku jeles tengok kawan – kawan dah kahwin tapi tu rezeki diorang. Sorang demi sorang berubah. Masing – masing tumpu pada pasangan masing – masing. Jodoh aku? Kalau dalam rezeki pun aku selalu maIang. Apatah la lagi jodoh.
Aku move on. Aku buat – buat happy. Tapi sifat manusia lebih suka melihat aku down, str3ss, marah, baru diorang tak becerita. Jadi salah bila aku cuba nak gembirakan diri sendiri. Bayangkan lebih 30 taun aku k0rbankan apa yang aku nak sangat buat dalam hidup. BagiIah aku peluang.
Penat sangat – sangat dah nak sedih. Aku dah berdamai dengan TAKDIR. Aku dah takde apa – apa. Takde suami. Takde anak. Takde apa dah yang manusia nak dari aku. Tak perlu cemburu dengan aku bila aku post status kat media sosiaI yang aku sedang bergembira.
Tu je waktu aku cuba merasa untuk gembira setelah sekian lama. Aku cuma ada nyawa aku je. Doakan aku terus kuat. Dijumpakan jodoh yang bantu aku untuk kuat. Masa aku tulis ni memang aku tak berhenti menangis dah dekat 3 jam. Kenapa aku? Ada jawapan? Entahlah.. – Nurkilan An (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Noor Afidah Alias : Tak de pun orang lain nak cemburu dekat kita. Tu cuma perasaan kita je sebab kita pernah cemburu dekat orang lain. Padahal orang perasan pun tidak kewujudan kita ni. Masing – masing sibuk dengan kehidupan masing – masing.
Perasaan ada orang lain cemburu ni sebab kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain, yang menyebabkan orang lain cemburu. Tapi iya ke kita ni lebih baik dari orang lain? Banyakkan la bersyukur sis. Bagi saya sis dah sampai ke peringkat menikm4ti hasil penat lelah yang sis usahakan selama ni.
Tapi selagi sis suka membandingkan kehidupan sis dengan kehidupan orang lain, selagi tu hati sis tak kan tenang. Tak de istilah maIang itu maIang ini, tu semua dugaan ujian dari Allah untuk naik kan darjat h4mba-Nya.
Alhamdulillah sis mampu jaga mak ayah sampai akhir hayat. Alhamdulillah sis mampu tamat kan belajar. Alhamdulillah sis ada kerjaya. Masa untuk bersyukur pula. Buang pemikiran negatif tu.
BACA: “Bukan mudah jadi janda, aku kalah dengan nafsu sendiri, aku nekad terus terang dengan suami baru”