Hi , saya Lili . Kisah yang saya nak kongsikan ni mungkin kalian boleh jadikan cerita untuk berhati – hati dan percaya benda sebegini wujud dalam kehidupan kita .
Lagi – lagi kepada mak , abang , kakak , ayah atau sesiapa yang mempunyai adik lelaki . Perempuan atau lelaki awasilah mereka .
Saya mempunyai kakak-kakak dan adik – adik . Saya berumur 20an dan tinggal di Penang.
Saya mula sedar benda ni pada satu malam ketika sedang tidur .
Saya terjaga apabila merasakan sesuatu sedang menindih saya . Saya terkejut lalu terbangun .
Saya toleh kiri kanan . Tiada siapa yang bangun melainkann adik beradik saya yang lain sedang nyenyak tidur . Kami tidur di ruang tamu rumah keluarga kerana tengok movie malam tu.
Jin ke ? Sebab ada dengar kita boleh ditindih .
Saya baring dan pejamkan mata tapi saya tak boleh tidur . Saya fikir siapa atau mainan tidur je ?
Selang 5-7 minit saya merasakan ada tangan sedang menjalar di buah dada saya . Lalu saya terus terbangun Dan buka Mata .
Saya tengok adik saya kelam kabut cuba untuk baring ditempat dia tidur dan berpura pura sedang tidur .
Saya panggil dia . Dia terus menyahut . Seakan akan dia tak tidur pun . Saya kata buat apa ? Pastu dia berlakon mamai dan tidur .
Saya agak shock . Saya fikir dia . Terang terang dia . Jadi saya bangun dan tidur dalam bilik . Tapi saya masih in denial . Takkanlah itu . Takkanlah ini .
Selang berapa hari jadi lagi . Saya terbangun bila ada orang sedang hisap payudara saya . Saya terus terbangun dan seseorang sedang lari keluar dari bilik . Saya buka lampu . Pintu bilik terbuka .
Tiada lelaki selain adik lelaki saya dalam rumah pada malam tu. Saya menangis . Saya rasa macam kenapa sampai jadi macam ni . Ini waktu saya sedar . Macam mana kalau saya tak sedar ? Apa yang jadi dekat diri saya.
Sedangkan dia dan saya sangat rapat .
Sejak tu saya jadi benci dekat dia . Tersangat sangat . Terlampau banyak dia buat dekat saya sampai saya jijik tengok dia dan diri saya . Saya warning dia if dia buat lagi saya bagitahu mama abah .
Saya tahu kalau bagitahu mama abah dorang tak percaya . Sebab adik saya satu satunya lelaki dalam rumah . Itulah next ketua selain abah . Lagipun kitorang one happy family .
Sangat sangat happy . What if mama abah hancur sehancurnya ?
Saya pernah memberi sedikit hint tapi apa yang mama cakap mungkin mainan tidur saya je .
Saya jugak kerap rasa semput secara tiba tiba sedangkan tak pernah sempat pun sebelum ni . Dan sedar dia pernah duduk atas dada saya .
Bila saya cerita dekat yang lain , mereka salahkan saya . Dengan cara saya berpakaian semua dan tidak langsung tegur adik saya .
Saya jadi sakit hati . Kalau cerita pun macam ni , baik takpayah cerita .
Tapi sejak tu saya jadi semakin benci . Nampak dia je boleh bayang apa dia buat dekat saya .
Mama pernah menangis pelik kenapa saya benci dekat adik saya sendiri .
Saya sendiri tiada jawapan . Cukuplah saya jijik dan mama akan tidak percaya saya . Mereka juga cakap kalau bagitahu mama abah , mama abah kecewa .
Sampai nak tidur pun saya takut . Saya akan pakai baju t-shirt berlapis lapis sampai 7-8 lapis , masukkan dalam seluar dan pin .
Saya akan balut dada saya dengan kain balutkan untuk kempiskan dada saya dan ketatkan balutan incase benda tu jadi dia tak boleh bukak .
Saya kecewa . Adik sendiri .
Banyak nak cerita lagi tapi cukuplah yang ini . Kalau awak tengok ni , awak percaya saya Kan ?
Cukuplah kalian yang baca ni percaya . Sekurangnya ada yang percaya. Terima Kasih ya sudi bacaa sampai habis . Semoga Awak yang baca ni takkan kena macam segiturupa . Semoga Allah lindung kalian dari benda jahat ya .
BACA: “Bukan mudah jadi janda, aku kalah dengan nafsu sendiri, aku nekad terus terang dengan suami baru”