“Saya tertampar suami pada malam tu, mak mertua suruh suami ceraikan aku, ini yang suami buat pada malam kejadian”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

salam.. saya tahu silap saya kerana terlalu marah kat suami yang suka menipu dan telah tertampar muka dia

semasa bertengkar dan suami terus memukul saya balik dengan kudrat dia seorang lelaki.

saya khilaf. Malam kejadian suami tinggalkan saya bersama baby kat rumah dan baby asyik meragam saja dan saya meminta suami balik

sebelum jam 11 jika boleh tapi jika lewat sila maklumkan. jam 11 suami wasep dia cakap dia otw balik..

mungkin dalam 15 minit dah sampai. saya tunggu dia sambil dodoikan anak kerana pintu rumah kami x boleh kunci dari luar

"Saya tertampar suami pada malam tu, mak mertua suruh suami ceraikan aku, ini yang suami buat pada malam kejadian"

hanya boleh kunci daripada dalam dan memerlukan saya untuk tunggu dia nak bukak pintu. saya tunggu dia sampai tertidur..

jam 12.30 saya tersedar dan kol dia. rupanya dia belum pun otw lagi.. masih disana. salah kah saya untuk rasa marah? kenapa dia tak bagitahu saya awal2.. saya dengan anak tunggu dia di ruang tamu semata nak bukak pintu.

Akhirnya suami sampai rumah jam 1 pagi. berlaku pertengkaran dan saya tertampar dia. suami mengadu pada ibunya dan mak mentua suruh suami ceraikan saya dan cari orang lain.

saya sedih kerana sekali je khilaf saya. saya jadi bergitu sebab suami sebelum ini selalu menipu saya..

suami saya ustaz tapi dia banyak menipu saya dan telah melakukan perkara yang dosa besar ( aib dia saya simpan tiada siapa tahu)

bab solat dia dh selalu tinggal bila disuruh qada.. alasanya “pada bila2 masa sahaja boleh qada”.. saya khilaf dan stress malam tu saya tertampar dia.

BACA: Ustazah hati hitam, beri ‘reward’ kepada murid rajin datang sekolah dianggap rasuah