Seperti yang kita sedia maklum, setiap kereta dilengkapi dengan pelbagai komponen,
yang masing-masing mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.
Tahun demi tahun, teknologi kenderaan terus ditambah baik bagi memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik.
Sebagai pemandu atau pemilik kereta, penting untuk memahami asas pengetahuan tentang setiap komponen tersebut
bagi memastikan kenderaan empat roda kita tidak mudah rosak atau ‘meragam’.
Antara komponen-komponen lazim termasuk radiator, gearbox, tayar, minyak enjin, dan banyak lagi. Jika tidak diselenggara dengan baik, kereta yang kita naiki berisiko mudah mengalami kerosakan.
Salah satu komponen penting yang penting untuk diberi perhatian, terutamanya oleh golongan wanita iaitu, fuel pump.
Menurut perkongsian pemilik akaun TikTok @altimatautogarage, dia mendedahkan rahsia di sebalik komponen ini agar tahan lama dan tidak mudah rosak.
Dalam klip berdurasi satu minit 10 saat itu, lelaki tersebut menjelaskan dua cara penjagaan untuk memastikan fuel pump kereta tahan lama.
Cara pertama adalah memastikan lampu indikator pada dashboard padam sebelum menghidupkan enjin.
Bagi kereta yang menggunakan kunci, masukkan kunci dan pusing ke posisi ‘on’, tetapi jangan hidupkan enjin terus. Pastikan lampu indikator pada dashboard padam dahulu sebelum hidupkan enjin.
Bagi kereta yang menggunakan sistem push start button, tekan butang hidupkan enjin (jangan pijak pedal brek) sehingga semua lampu indikator menyala dan padam. Kemudian, tekan pedal brek dan butang hidupkan enjin.
Cara kedua untuk memastikan fuel pump kereta tidak mudah rosak adalah isi minyak sebelum lampu indikator menyala.
Mengisi minyak apabila lampu indikator berkelip boleh menyebabkan kerosakan pada komponen tersebut, menurut lelaki tersebut.
BACA: Mula dengan kantoi menyondol, kini Mira dan View Chin berani buat video ‘sekatil’