Budak Rohingya campak Kek Batik Sarawak orang bagi buat netizen naik angin

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pada hujung bulan April yang lepas, sebuah cerita mengenai seorang gadis Rohingya

Yang terlibat dalam kejadian tidak menyenangkan di sebuah kedai menjadi perbualan hangat di media sosial.

Baru-baru ini, gadis yang sama menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan netizen apabila dia membuang kek batik Sarawak yang diberikan oleh seorang wanita.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok @sapimonyanyoo_3, gadis Rohingya itu datang mengetuk tingkap dan pemandu membukanya.

Seperti dua orang yang berbicara bahasa yang berbeza, gadis Rohingya itu menyebut perkataan ‘makan’ sambil menunjukkan sebuah bekas yang berisi potongan kek batik Sarawak.

Budak Rohingya campak Kek Batik Sarawak orang bagi buat netizen naik angin

Apabila pemandu kereta memberikan kek itu kepadanya, gadis tersebut dengan kasarnya membuang kek ke atas jalan.

“Hei, jangan buang, mahal tau,” respon wanita itu selepas terkejut melihat tindakan kasar gadis Rohingya tersebut.

Wanita itu kemudian menutup tingkap, menolak untuk melayan gadis Rohingya tersebut.

Video tersebut mendapat lebih dari 3 juta tontonan dalam tempoh dua hari.

Ramai yang memberikan respons dengan menegur wanita itu agar tidak ‘berani’ melayan gadis Rohingya itu kerana bimbang akan keselamatan.

Pada masa yang sama, netizen turut bimbang jika gadis Rohingya tersebut merampas barang berharga yang ada dalam kereta setelah tingkap dibuka.

BACA: Kami dah berkahwin hampir dua tahun lebih dan baru ini isteri pertama baru dapat tahu dan sekarang dia mengamuk sangat salahkah saya mengahwini suami saya