Seram bila pesawat bergegar? ‘Pilot’ kongsi tempat duduk ideal kurang rasa ‘turbulence’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Turbulens adalah perkara biasa yang sering berlaku di dalam pesawat, terutama ketika ada perubahan cuaca seperti hujan dan angin kencang.

Apabila turublens berlaku, penumpang mungkin akan merasai getaran atau goncangan semasa penerbangan.

Turbulens boleh berlaku dalam keadaan biasa atau dalam keadaan luar biasa, bergantung kepada situasi semasa penerbangan.

Walaupun turublens tidak dapat dielakkan, terdapat bahagian tertentu di dalam pesawat yang dikatakan kurang terkesan oleh getaran.

Ini dikongsikan oleh seorang juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Beard 320 di laman Instagram.

Seram bila pesawat bergegar? 'Pilot' kongsi tempat duduk ideal kurang rasa 'turbulence'

Tempat duduk di bahagian sayap dikatakan kurang terkesan oleh turublens.

Banyak orang tidak suka duduk di sekitar bahagian sayap.

Seperti yang diilustrasikan Kapten Beard, setiap pesawat mempunyai pusat graviti atau titik keseimbangan.

“Ia terletak di sekitar bahagian sayap yang membuatkan penerbangan lebih stabil. Jadi, ketika turublens berlaku, bahagian yang paling terkesan adalah di bahagian belakang pesawat.

“Di bahagian depan, anda mungkin masih merasai tetapi ia tidak seburuk di bahagian belakang,” jelasnya.

Oleh itu, menurut Kapten Beard, tempat duduk yang paling selesa semasa turublens adalah di kawasan pusat graviti iaitu sekitar bahagian sayap.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa penumpang yang duduk di situ masih akan merasai turublens, tetapi kesan getaran akan berkurangan berbanding dengan tempat duduk lain di dalam pesawat.

BACA: “Mama pernah menangis kenapa saya benci sangat dengan adik sendiri, saya tahu kalau beritahu mama abah apa adik buat mesti tiada siapa percaya”