Statement ni pernah buat aku bergaduh dengan mak aku.
Mak cakap, “orang lain semua doa nak jodoh yang baik-baik, tetiba kau nak yang jahat pulak, guna akal tu dulu sebelum bercakap”.
Aku tak nafi mungkin 99.9% perempuan dalam dunia ni idamkan jodoh yang baik. Tapi aku tak.
Aku sendiri pun bukanlah perempuan yang baik. Dan disebabkan aku sedar diri, aku nak someone yang sekufu / sama level untuk jadi jodoh aku.
Bila sebut lelaki jahat, mesti orang akan fikir lelaki tu teruk, tak layak dijadikan suami, kena elak dari dibuat menantu, dll.
Tapi…
Macam mana pulak dengan lelaki jahat yang akhirnya berubah jadi baik dan even lebih baik daripada orang yang memang dari dulu lagi baik?
Lelaki yang jahat dimasa lalunya tak sama dengan lelaki yang tak pernah terjebak dengan kejahatan.
Sometimes, orang jahat ni dah puas hidup dengan segala benda yang pernah bagi dia keseronokkan dulu.
So, dia decide nak berubah and tak berminat dah untuk terlibat dengan perkara-perkara jahat tu lagi.
Kiranya, dia dah cuci tangan dari hidup lama dan ready bina untuk life baru yang lebih baik.
“Lelaki jahat” yang macam tu lah yang aku nak.
Bagi aku, lebih baik dapat jodoh yang dulunya jahat tapi akhirnya dia berubah jadi baik. Berbanding dapat someone yang mula-mula je baik, end up berubah 360 darjah.
Prinsip aku adalah ; pengakhiran seseorang itu lebih penting dari permulaannya.
Jahatlah macam mana sekalipun, aku tetap takkan tinggalkan dia once aku dah sayang. Syaratnya, dia dah berubah.
Kalau baik boleh jadi jahat, takkan jahat tak boleh jadi baik?
Kawan aku dulunya seorang yang sangat suka mainkan hati perempuan, sekali bercinta sangkut 4 5 6 orang sekaligus.
Ada yang hampir gila kena game dengan dia. Lepas kahwin, dia sangat setia pada wife dia.
Someone pernah tanya dia, “kau tak rasa nak ada yang kedua ke?”
Dia cakap, “aku dah puas jadi buaya dulu. Tak best pun, serabut. Sekarang wife aku adalah segalanya bagi aku.
Skills aku untuk jadi player and sweet talker dulu aku gunakan untuk bahagiakan wife aku. Bezanya, dulu main-main sekarang aku ikhlas”.
– Cik Black (Bukan nama sebenar)