Baru-baru ini, media sosial dipenuhi dengan desas-desus mengenai kemungkinan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibuka kepada bukan Bumiputera.
Isu ini menimbulkan kegemparan yang cukup besar sehingga menyaksikan pelajar UiTM membantah dengan menggunakan #MahsiswaUiTMBantah.
Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan semalam untuk menjelaskan perkara tersebut.
Mereka mengesahkan bahawa tidak ada sebarang perbincangan untuk membuka UiTM
kepada golongan bukan Bumiputera, sama ada di peringkat kementerian mahupun kabinet.
“Seperti yang saya nyatakan pada 2 Mei yang lalu, KPT tidak pernah mempertimbangkan atau mengizinkan UiTM untuk menerima pelajar bukan Bumiputera seperti yang dipertikaikan hari ini.
Isu ini jelas disulut untuk tujuan polemik oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu polisi serta objektif asal penubuhan UiTM, sekaligus menimbulkan kekeliruan dan pertikaian di kalangan pelbagai pihak,” tulisnya.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Zambry Abd Kadir, menegaskan bahawa KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173, di mana UiTM ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Patut ramai pengunjung, kedai makan di Shah Alam rupanya jadi tempat pembiakan tikus dan lipas