Dalam perjalanan kerjayanya yang menarik, Datuk Lat telah menempuh transformasi yang luar biasa dari seorang penjenayah kepada seorang kartunis ternama.
Perubahan ini bukan hanya menakjubkan, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang ramai diluar sana untuk mengubah hidup mereka melalui kebolehan dan usaha gigih.
Tahukah anda bahawa kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau
Lat asalnya bukanlah memulakan karier sebagai seorang pelukis kartun seperti mana yang anda lihat ketika ini.
Dari jenayah kepada kartunis, kerjaya Datuk Lat berubah sekelip mata
Memang ketika berhijrah dari kampungnya di Perak ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan, beliau memohon jawatan kartunis di Berita Harian.
Namun hasratnya tidak kesampaian kerana tiada kekosongan untuk jawatan tersebut di akhbar berkenaan pada ketika itu.
Sebaliknya Lat ditawarkan bekerja sebagai wartawan.
Disebabkan hendak membantu keluarga, beliau menerima saja tawaran berkenaan.
Pada tahun 1973, Lat ditugaskan sebagai wartawan jenayah di News Straits Times Press (NSTP).
Pernah Lat hampir meletakkan jawatan kerana merasakan gagal menjadi seorang wartawan jenayah yang baik namun hasratnya itu ditolak.
Dan sebagai wartawan jenayah, Lat keraplah ke Hospital Besar Kuala Lumpur (sekarang HKL) untuk membuat liputan.
Bersandarkan pengalaman itu, Lat telah menghasilkan sebuah lukisan berjudul ‘Bersunat’ yang menceritakan mengenai telatah kanak-kanak yang ke hospital untuk dikhatankan.
Lukisan itu tersiar di sebuah majalah antarabangsa sehingga menarik perhatian pihak atasan NSTP.
Dalam satu temubual, Lat berkata, bosnya Tan Sri A. Samad Ismail (Pak Samad) pernah berkata padanya: “Tulisan kau tidak ada peningkatan tetapi lukisan kau pula yang semakin baik!”
Lepas pada itu Lat ditawarkan jawatan kartunis sepenuh masa di akhbar tersebut, malah siap menghantarnya untuk berkursus selama empat bulan di London iaitu di St Martin’s School of Art.
Lat berhenti dari NSTP untuk bergerak sebagai pelukis bebas pada tahun 1984.
Mesti komer baru tahu kan?
Kredit: Syahril A. Kadir