Sebahagian pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluahkan rasa kecewa apabila tidak layak mengeluarkan wang di akaun 3.
Ini kerana, Akaun Fleksibel itu memerlukan pengeluaran minima sekurang-kurangnya RM50.
Jika caruman KWSP setiap bulan sekitar RM400, kira-kira 10 peratus sahaja atau RM40 yang akan dimasukkan ke akaun 3.
Maka sebab itu ramai yang masih belum boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut.
Menerusi perkongsian video TikTok @qxrnain, kelihatan dua orang lelaki yang kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran KWSP kerana tidak membuat pemindahan wang terlebih dahulu.
Rata-rata warga TikTok memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan baki tidak mencukupi dan tidak membuat permohonan pemindahan wang ke akaun 3 yang mengakibatkan pencarum tidak layak.
“Memang tak layak kalau akaun 3 kurang, kena buat pemindahan dulu,” komen nightraid309.
“Kena buat pemindahan wang terlebih dahulu. Dari akaun 2 ke akaun 3. Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran,” komen dedeeeeel__.
“Kena pindahkan dahulu akaun 2 ke akaun 3 baru layak, kalau terus tekan pengeluaran memang tak layak,” komen @mohdrazifjanan.
BACA: Tiada yang selamat dalam nahas helikopter, Presiden Iran meninggal dunia