Kalau dah jodoh tak kemana, lelaki nekad kahwini mak mertua selepas kematian isteri

Oleh NADIA HARON

Pelik tapi benar, seorang lelaki jatuh cinta dan akhirnya mengahwini ibu mentuanya.

Lebih mengejutkan, perkahwinan mereka mendapat restu daripada bapa mentua lelaki berkenaan.

Kisah ini berlaku selepas kematian isteri Sikandar Yadav, yang menyebabkan bapa kepada dua anak itu berpindah ke rumah mentuanya di kampung Heer Moti di Bihar.

Lama kelamaan, timbul perasaan cinta antara Sikandar yang berusia 45 tahun dan ibu mentuanya, Geeta, 55 tahun, namun mereka berdua menyembunyikan hubungan tersebut.

Apabila khabar angin mengenai hubungan sulit mereka mula tersebar di seluruh kampung, suami Geeta, Dileshwar, menjadi semakin curiga.

Kalau dah jodoh tak kemana, lelaki nekad kahwini mak mertua selepas kematian isteri

Pada suatu hari, Dileshwar menangkap pasangan kekasih itu dalam pelukan romantis yang sekali gus mengesahkan syakiannya.

Berang dengan apa yang dilihat, Dileshwar membawa perkara tersebut kepada perhatian Panchayat, iaitu majlis jawatankuasa kampung, bagi menuntut penyelesaian.

Selepas mendengar cerita Dileshwar, Panchayat memanggil Sikandar untuk mendengar versinya.

Apa yang mengejutkan, Sikandar secara terbuka mengakui hubungan sulit itu dengan alasan sudah jatuh cinta kepada ibu mentuanya.

Selepas Geeta mengakui cintanya kepada Sikandar, Panchayat bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan mereka.

Dileshwar turut berubah hati selepas melihat mereka mengaku saling menyayangi satu sama lain dan membantu mengatur majlis perkahwinan mereka.

BACA: Percutian bertukar tragedi, pelancong Malaysia kena lenyek dengan zirafah di Safari Park Thailand