Umur saya sekarang lebih 40-an tahun. Dulu saya suka baca tentang kisah rumahtangga, tidak kira di akhbar mahupun di laman sosiaI media.
Bila baca, saya rasa macam tak masuk akal, bukankah seorang suami itu dianugerahkan Allah menjadi ketua keluarga, jadi imam tentulah dia berkelakuan baik, macam ayah saya.
Walaupun ayah tak jadi imam kepada kami sekeluarga, tetapi semua urusan rumah tangga ayah uruskan.
Tugas emak memasak, menguruskan keluarga dan berkemas rumah itu apa yang saya lihat, M4kin lama jadi hilang minat dan bosan, tak masuk akal. Dan terus lupakan.
Tetapi selepas belajar di IPTA mulalah terdengar cerita – cerita tak masuk akal ini. Dan saya tak pedulikan.
Bila bekerja di tempat yang ramai pekerja bukan Melayu, lagiIah takde dengar tentang masalah – masalah rumahtangga ni.
Bukan maksudnya bangsa lain takde masalah rumahtangga, tapi takde gossip – gossip yang sampai ke telinga saya. Nak jadikan cerita saya diperkenalkan oleh kawan dengan Zep, pemuda pendiam, tak banyak cakap kecuali ditanya.
Seorang yang baik, rajin solat dan saya lihat dia menghorm4ti orang tua, tambah – tambah kata kawan dia amat patuh dengan ibunya dan dia anak sulung. Semasa belajar saya ada juga rakan rakan lelaki, ada juga saya minat pada mereka, tetapi mereka tak minat dengan saya, kami setakat berkawan sahaja, lepas tu mereka cepat kahwin.
Namun saya perhatikan Zep paling baik. Jadi setelah berkawan dekat setahun, dia beritahu ingin meminang saya, saya setuju. Ketika itu usia saya sudah lebih 27 tahun, nak tunggu apa lagi. Kata Zep, keluarganya tak datang meminang sebab jauh dan ayahnya s4kit, jadi saud4ra terdekat datang melamar.
Bila saya setuju, emak ayah ikut aja. Kata saud4ranya hantaran dia tetapkan sebab Zep ada tanggungan dan adik beradik dan ayahnya yang kurang sihat, keluarga kami ikut aja. Kata ayah yang penting jaga anak – anak ayah dengan baik seperti 2 orang kakak saya.
Alhamdulillah 2 orang kakak saya hidup bahagia dan masing – masing ada 2 orang anak. Saya berdoa saya juga dapat bahagia seperti kakak. Saya kagum walaupun kerja kerani sekolah dan kerani kilang, tetapi mereka bahagia.
Sebelum nikah kami sependapat nak cari rumah sewa, Zep suruh saya cari, alasannya sibuk. Rumah macam mana pun dia tak kisah asalkan berbumbung dan berdinding. Pelik. Saya pun carilah. Sewanya lebih RM600 (waktu itu) X 2 bulan tambah RM300 pendahuluan utility, Zep suruh saya bereskan.
Katanya dia akan uruskan makan minum kami, saya ikut. Selain dia urus duit petrol kereta. Awal kahwin sikit lebih kurang saya tak kisah kalau Zep tak bayar duit makan minum kami, sebab kami makan di luar. Ada kala dia ada masa saya yang bayar.
Kata Zep tak payah masak membazir. Sarapan kami minum air dan roti sahaja. Bagus jugak tak banyak kerja ke dapur. Tetapi selalunya makan malam saya kena bayar sebab Zep datang lambat dan tak ada duit kecil. Saya tak kisah.
Tetapi selepas dapat seorang anak, semua urusan keluarga terletak di bahu saya, ini cukup membebankan. Lepas bersalin balik kampung saya bayar upah orang mengurut dan sebagainya. Lagi teruk bila saya terp4ksa cari pengasuh dan bayar upahnya.
Beli lampin pun saya, itu belum masuk bila keluarganya datang ke rumah empat lima hari. Saya kena masak dan beli bahan masakan. Memang tak cukup duit. Bila minta Zep belikan, dia minta duit saya pulak, katanya tak sempat pergi bank. Memanjang tak sempat, alasan tak masuk akal. Tapi kerana malu pada ipar duit saya diam aja.
Beginilah keadaan hidup saya, memanjang saya kena sediakan segala – galanya dalam rumah dari makan minum, sewa rumah utility dan paling merisaukan Zep selalu merungut dia tak selesa dengan bos di tempat kerjanya.
Suka membuIi, gaji payah naik, kerja banyak dan macam – macam, bila saya suruh sabar dia kata kalau saya duduk di tempat dia dah lama saya berhenti. Dia kata saya kerja senang tak macam dia. Bila saya mengandung anak kedua, dia mula merungut nak cari kerja baru sebab anak dah bertambah gaji masih kecil tak naik – naik.
Banyak kali saya suruh dia sabar, hinggakan saya terp4ksa urus semua urusan dalam rumah dan anak – anak, tak minta duit dia setiap bulan, dengan harpan Zek tak merungut hendak berhenti kerja. Tujuan saya kerana tak mahu runsingkan fikirnnya yang ada masalah kerja.
Lama kelamaan saya pulak tak cukup duit, bila anak bertambah upah pengasuh pun bertambah, susu dan lampin pun bertambah. Lebih meny4kitkan hati Zep sering minta pinjam duit, kalau kata saya tidak ada duit dia pergi buka beg tangan saya dan ambil sendiri berapa dia suka. Ini sudah melampau.
Sampai bab ini kesabaran saya sem4kin terhakis sebab saya perlu siapkan duit untuk anak – anak rumah, sedangkan duit gajinya untuk dirinya sendiri selain beli petrol dan makan minumnya di pejabat. Kerana duit kami sering bertengkar.
Sedihnya bila saya tanya dia akan meninggi suara, menengkeng dan menghentak apa juga barang di tangannya. Sengaja nak maIukan saya pada jiran tetangga. Kerana malu saya terp4ksa tutup mulut dan menangis untuk menahan sabar.
Bila dah lama berkahwin baru saya sedar siapa Zep sebenarnya. Dia suka berjvdi, main tik4m nombor jadi kegemarannya, kalau tak menang marahnya sampai ke rumah ini membuatkan saya lagi kecewa. Dia bertambah marah sebab tak dapat kerok duit dalam beg saya lagi.
Buku bank saya sorokkan di pejabat. Barang kemas hadiah emak saya suruh emak simpan, alasan saya kawasan perumahan kami banyak pencuri, pecah rumah dan sebagainya. Ini membuatkan Zep lebih marah. Kemuncak kemarahan saya bila dia tak dapat duit saya, dia pukuI anak ketika itu sedang menangis.
Ini bukan kali pertama dah beberapa kali anak jadi m4ngsa tangannya. Akhirnya saya berterus terang dengan Zep saya tak boleh sabar lagi, saya minta cerai. MaIangnya Zep lagi meng4muk saya kena sep4k, tempeIeng dan kena tarik rambut.
Dia tuduh saya ada jantan lain. Amarannya sampai m4ti pun dia takkan ceraikan saya. Tuduhan saya ada jantan lain itulah membuat saya hilang sabar. Sudahlah makan minum, susu anak, sewa rumah dan sebagainya saya yang tanggung dia lepas tangan tak mahu bertanggungjawab.
Sampai bila saya nak tanggung dia. Saya nekad akan minta cerai dan dalam tempoh 3 hari saya kemas barang dan balik ke rumah emak saya. Emak ayah terk3jut. Tetapi mereka serahkan pada saya buat keputusan, kata ayah, saya lebih faham dan orang lain tak perlu campur.
Kerana anak sulung baru masuk tadika, saya nekad minta cerai. Anak saya minta emak jagakan sementara saya cari rumah sewa lain. Dua tahun akhirnya saya dicerai. Kini setelah usia sem4kin matang, baru saya yakin bukan semua lelaki sama seperti ayah saya, benarlah cerita dalam akhbar, media sosiaI yang saya tak percaya dulu.
Bahawa, bukan semua suami boleh jadi imam dan pemimpin keluarga. Ramai suami kurang bertanggungjawab. Pada pandangan saya di sini peranan, pegawai agama di mahkamah Syariah, pegawai suluh, malah hakim pun wajib menasihatkan para suami bahawa tanggungjawab mereka besar dalam memimpin keluarga.
Kegagalan mereka akan dituntut bukan sahaja di dunia malah di akhir4t nanti.
Bekas ibu mertua selalu salahkan saya tak pandai jaga suami, sepatutnya dia wajib nasihatkan anak lelakinya bertanggungjawab kepada keluarga bukan biarkan anaknya berjvdi.
Setelah bercerai baru saya tahu mertua tak datang meminang saya dulu rupanya dia tahu anaknya tak ada duit.
Mereka takut mereka pula terp4ksa keluarkan duit untuk hantaran meminang saya. Alasan mereka ayahnya s4kit.
Sekarang semua keburukan keluarganya terbongkar satu demi satu. Namun saya bersyukur terlepas daripada pelbagai masalah ini. Kini setelah lebih 15 tahun bergelar ibu tunggal saya rasa hidup saya bahagia dan aman. Dan saya berdoa anak anak ikut jejak saya berjaya masuk ke Menara gading, bukan seperti ayah mereka.