Assalamualaikum. Seperti yang korang baca pada tajuk, ya aku cuma sekadar seorang guru taska selama sehari.
Kenapa sehari? Cerita dia macam ni. Satu hari tu aku ada pergi interview untuk guru taska (swasta) di satu kawasan yang dekat dengan tempat aku tinggal.
Sampai saja di taska kebetulan hari tu budak-budak dan pengasuh serta guru cuti.
Jadi yang ada owner taska dan aku saja. Sepanjang interview berlangsung entah kenapa aku rasa something wrong dengan owner ni. Mungkin memang firasat aku. Tu aku tak pasti.
Owner tu ada cakap yang staf dia selalu tak bertahan lama dan selalu bertukar ganti.
Aku tanya lah kenapa, dia kata “entah lah, semua attandence pon tak cantik.” Aku dah rasa macam tak kena, tapi aku abaikan saja.
Owner tak tanya aku banyak pon, bahkan soal hari dan waktu bekerja semua aku yang kena tanya baru dia jawab. Dia hanya ulang-ulang cakap “saya betul-betul harapkan awak boleh kerja sini. Esok start kerja ya.” Walhal time tu pasal gaji pon dia tak sebut sampai ke sudah.
Esoknya aku masuk kerja pkul 8 pagi. Mula-mula tu aku duduk-duduk lah dekat ruang tamu sambil tengok-tengokkan budak-budak yang tengah tengok tv time tu. Dan time tu ada la beberapa pelajar yang baru sampai, time ni masa lebih kurang dah pkul 9 pagi.
Budak tu sampai ja, cikgu atau pengasuh taska tu terus tukarkan baju mereka kepada baju taska. Tukar sahaja , tak bagi mandi pun. Semua budak mereka buat begitu. Cuma tukarkan baju tanpa mandikan. Lepastu, aku masuk lah dalam bilik.
Taska ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk bayi berumur lebih kurang 6-9 bulan, ada lah 3 orang bayi. Dan 1 bilik belajar untuk budak berumur 3-4tahun.
Bagai nak luruh jantung aku bila aku tengok bayi-bayi tu tidur dalam keadaan berbedung ketat, kemudian ditambah dengan tangan diik4t dengan kain dan muka juga ditutup dengan kain kseluruhannya. Ya Allah, macam nak menangis aku time tu. Memandangkan aku juga seorang ibu.
Luluh hati aku tengok keadaan tu. Jam lebih kurang pkul 11 pagi, bayi-bayi tu pon dah start berjaga dan mula menangis. Si pengasuh tak habis-habis mengeluh dan asyik mintak bayi sambung tidur saja. Kata nya “bangun buat apa awal-awal ni. Tidur laaa. Aku baru nak rehat.”
Sedangkan time tu guru & pengasuh tu sibuk dengan handfone masing-masing. Tapi akhirnya pengasuh tu keluarkan bayi-bayi tu dan letak di ruang tamu tanpa sebarang alas ya. Letak atas mozek saja.
Aku tengok leng4n bayi-bayi tu semua berbir4t merah ksan dari kain yang diik4t tadi. Aku rasa berdosa sebab seolah bersubahat dengan perbuatan mereka.
Oh ya untuk pengetahuan semua, pengasuh/guru ada 5 orang termasuk aku, dan mereka semua belum berkahwin kecuali aku. Bayi ada 4 dan kanak-kanak ada 12 orang. Cuma hari tu kanak-kanak yang datang cuma 7 orang & bayi 3 orang.
Budak-budak tu breakfast makan bijiran tanpa susu. Sedangkan dlm menu aku tengok tulis bijiran+susu. Tengah hari menu ayam kicap dan sup sayur tapi yang ada cuma ayam kicap +ubi 3-4ketul yang di potong kecil-kecil gila.
Budak-budak pon aku tengok macam tak happy duduk situ. Seolah dalam ketakutan. Ada seorang budak perempuan ni meleleh-leleh air mata dia duduk tepi seorang cikgu ni sambil tengok aku. Mula-mula aku ingat dia takut dekat aku rupanya dia takut dengan cikgu-cikgu situ.
Cikgu-cikgu marahkan dia bila dia menangis begitu dan takutkan dia dengan “menangis kenapa. Nanti cikgu letak dekat luar nak? Bagi anjing makan.”. Cakap dengan nada yang kuat.
Lagi lah menangis budak tu. aku pon panggil lah “mai dekat cikgu maih.” Dia terus bangun cepat-cepat dan duduk di sebelah aku dan terus berhenti menangis. Diikuti oleh 2,3 budak yang lain. Semua duduk keliling aku.
Pkul 12.30 tengah hari baru diorang mandi. Masa nak tidurkan bayi semula aku dengar lah dalam bilik tu macam bayi tu di tampar kuat-kuat sebab disusuli dengan tangisan yang kuat dari bayi.
Aku terus masuk bilik tu melulu dan mintak pengasuh tu tengok kan budak dekat luar dan aku yang uruskan bayi-bayi tu. Bedung dan ikatan yang kuat serta kain yang tutup muka bayi-bayi tu aku bukak. Aku tepuk perlahan-lahan sambil-sambil usapkan di bahagian mata.
Tak sampai 10 minit pon dah tidur bayi-bayi tu. Sorang bayi ni tidur di bilik sebelah gelap gelita, tubuhnya agak “sihat” masih tak nak tidur dan aku mintak kepada pengasuh tu botol susu dia untuk aku buatkan susu.
Pengasuh tu cakap “dia dah minum dah tadi.” Aku kata lah “dia nak susu lagi tu. Baby yang badan sihat-sihat ni memang minum susu berulang.” Pengasuh tu pergi buatkan susu dalam keadaan yang bebai dan marah-marah. Aku tak peduli.
Kenapa nak pekim susu budak tu, bukan kau yang beli susu dia pon. Aku ambil susu tu dan terus bagi dekat baby tu sambil tidurkan dia. Aku tengok laju ja dia sambar puting susu tu macam tengah lapar sangat.
Tak sampai 10 minit pon dah tidur budak tu. Dan bayi-bayi tu tidur lama ya mungkin selesa muka tak ditutup dan tangan tak diik4t seperti sebelumnya.
Esok tu, memandangkan hari cuti aku beranikan diri whatsapp owner taska dan bertanya berkaitan apakah normal bayi ditidurkan dengan keadaan sebegitu. Ehh, dia pulak tanya kita “tidur dalam keadaan macam mana.” Aku mintak dia tengok kan cctv.
Lepastu aku terangkan bagaimana bayi tu ditidurkan, geramnya hati aku bila owner tu seen saja whatsapp aku. Aku mintak owner tegur staf dia dan mintak dia selalu pantau cctv. Dia seen saja juga whatsapp aku seolah langsung tak terkejut dan tak kisah.
Aku geram, aku sent video bayi-bayi yang diik4t dan ditutup muka tu. Baru lah dia respond dan hanya cakap akan tegur staf dia. Aku tau dia hanya takut aku viralkan video tersebut memandangkan dia tengah tambah cawangan baru untuk taska tadika dia.
Esoknya lagi aku sengaja masuk kerja macam biasa, pkul 8 pagi. Semua staf pulaukan aku dan buat muka tak puas hati maybe sebab owner dah tegur.
Tapi aku terdengar mereka menyebut “kak Didi (owner taska) pon tak kisahh”. Aku masuk bilik tengok keadaan bayi alhamdulillah tak diik4t dan ditutup muka.
Hanya berbedung. Lepas tu dalam pkul 8.45 pagi aku keluar taska dan maklumkan secara whatsapp kepada owner yang aku berhenti kerja situ. Tapi aku yakin lepas aku keluar tu mereka masih lakukan perkara yang sama kepada bayi-bayi tu.
Entah lah sampai hari ni aku rasa berdosa dan bersubahat jika biarkan perkara macam tu. Tapi aku taktau apa yang patut aku buat. Serba tak kena. Aku tak tenang memikirkan nasib anak-anak dekat taska tu.
Aku ada pergi balai tunjuk video tu dan minta pendapat dari pihak polis, tapi balai yang aku pergi tu tak cover untuk k3s jenayah atau penderaan. Jadi aku balik macam tu saja.
Pesanan aku, kepada ibu bapa selalu lah pergi jenguk-jenguk kan anak secara mengejut dekat taska. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Mostly mereka yang belum berkahwin dan belum punya anak tak ada lagi sifat keibuan dalam diri. Sayang mereka pada bayi dan kanak-kanak tak sama macam kita yang dah jadi ibu ni sayangkan budak-budak.
Aku hanya mampu doa semoga Allah lindungi anak-anak dekat taska. Dan aku yakin benda yang tak baik ni lambat laun akan kantoi juga.
Adila. Serba salah.. hntr taska k3s mcm ni, hntr pengasuh persendirian k3s lain pula.. tak kerja kan dikatakan menyusahkan suami, pemalas pandai ternak lemak je..
semoga anak2 sentiasa dalam lindungan Allah.. Tak semua pengasuh dan taska jahat, tp tu la ssh nk selidik yg mana satu ok atau tak okay..
Pernah terbaca ceramah ustazah tu, sblum nk hntar ank pergi mana2, baca zikir ni 40kali, Allah ya waliy ya wakil ya barii ya hafiz ya muhaimin..
Allah maha melindungi, maha mentadbir, maha mengatur, maha menjaga.. lps tu berdoa sebut nama anak.
Semoga Allah jaga anak2 kita dari terjumpa orang jahat mcm tu.
Fazli. Tumpang simpati, harap budak² tu baik² hendaknya. Kalau boleh aku pun nak setuju viralkan, tapi takut kau pulak yg terima apa² akibat nanti.
Kena faham, bukan semua kisah viral berakhir dgn baik. Try jalan lain dulu, cuba dptkan contact parents budak² tu ke.
Mybe kena intip sekejap masa diorg amik anak&cuba tegur ajak bercakap.kalau taska ada fb, usha² kalau ada komen² drp parents.
& Harapnya takde mak² yg komen kat sini “mujur aku jaga anak sendiri”.
Masyita. Sorry TTm ada ke balai polis yg tak cover k3s tertentu?
Sy stress baca sbb sy pun ada anak hantar taska. tak boleh bayang kalau benda sama jadi kat anak sendiri. Moga-moga Allah lindungi.
Kalaulah boleh viralkan taska tu, biar padan dgn mereka. Dibayar utk jaga anak & lindungi anak, tapi anak diperlaku macam tu. Sungguh, tak bertanggungjawab dan tak amanah langsung
Hafizah.First time saya comment kat iium confession sebab saya tak boleh lah k3s macam ni. Taska cerita lain, yang hantar pengasuh cerita lain. Kita tak kerja, tak boleh.
Memang tawakal hantar anak. Selalu doa supaya kita dan anak ditemukan dengan orang baik2, teacher2 boleh sayang n jaga anak macam kita jaga anak.
Owner taska tolonglah jangan nak kejar duit je. Ambil tindakan kalau dah sth wrong dengan cara staff menjaga.
Anak orang kot kau buat macam tu. Fikir kalau anak kau pula orang buat macam tu? Nak dapat balasan tu sekejap je.
Tapi tolonglah confessor, viralkan aje nama taska tu. Bagi parents aware. Bagi pemilik2 taska pun aware.
Amalina. Kalau polis tak layan, viral kan la video tu. Sampai bertutup muka berikat tgn tu takkan nak biar. Aduhhh. Baby kot baby. Ksiannya. Aduh tak boleh aku mcm ni. Please sis, do something. Do something.
Faizal.”Aku ada pergi balai tunjuk video tu dan minta pendapat dari pihak polis, tapi balai yang aku pergi tu tak cover untuk k3s jenayah atau penderaan. Jadi aku balik macam tu saja.”
Ni balai mana yg cakap macam ni? Pemalas. Memana balai pun WAJIB terima laporan dari orang awam. Nanti baru la ditugaskan pada IO yg terlibat.
Saya harap tulisan sis ni mungkin salah faham. Tapi kalau tidak, tolong lapurkan pada ibupejabat kontinjen negeri bahagian tatatertib.
Lepas tu tolong la sangat2 lapurkan pada JKM apa yg sis nampak tu. Bagi sekali segala bukti. Selamatkan bebudak tu. Ksian sangat. Jangan takut. Allah will protect you.
BACA: “Suami aku cakap perempuan tu akan jadi pembantu rumah je, sekali terkantoi, rupanya