Pengangkutan udara selalu menjadi pilihan utama bagi para pengembara yang merentasi negara atau menjalani perjalanan jauh.
Sebelum memasuki ‘perut’ pesawat, setiap penumpang biasanya menaiki pesawat melalui pintu yang terletak di bahagian kiri, sama ada menggunakan tangga atau jet bridge.
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa pintu masuk semua pesawat terletak di bahagian kiri?
Tradisi dari Pengangkutan LautIdea menaiki pesawat dari bahagian kiri diambil daripada tradisi kapal laut.
Pada kapal laut, terdapat dua sisi yang dikenali sebagai port dan starboard, merujuk kepada sisi kiri dan kanan kapal.
Etimologi perkataan ‘portside’ berasal daripada amalan menaiki kapal daripada sisi kiri. Pada masa dahulu, pengendali kapal akan mengemudi menggunakan alat yang dipasang di sisi kanan kapal, kerana rata-rata manusia adalah tangan kanan.
Seiring dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut, penumpang boleh menaiki kapal dari kedua-dua sisi.
Bagaimanapun, tradisi ini dikekalkan dalam industri penerbangan untuk keselamatan operasi di lapangan terbang.
Keselamatan Operasi di Lapangan Terbang
Sebelum pesawat diterbangkan, terdapat banyak operasi yang perlu dijalankan, termasuk mengisi bahan api dan memuatkan barang ke ruang kargo.
Semua operasi ini berlaku di lapangan terbang, terutamanya di bahagian kanan pesawat. Untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini, penumpang diminta menaiki pesawat melalui pintu di bahagian kiri.
BACA: Kalau dah jodoh tak kemana, lelaki nekad kahwini mak mertua selepas kematian isteri