Selepas pengerusi BDS Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan KFC tidak termasuk dalam senarai boikot,
situasi menjadi riuh di media sosial, memicu perdebatan di kalangan netizen semalam.
Walau bagaimanapun, fokus perbincangan dalam ruang siber adalah kelewatan BDS Malaysia dalam mengeluarkan kenyataan tersebut
yang telah memberi impak besar kepada syarikat yang mengendalikan KFC di Malaysia.
Beberapa kesan drastik yang diperhatikan termasuk penutupan lebih dari 100 cawangan KFC akibat masalah kewangan yang serius dan penurunan jumlah pelanggan harian.
Akibatnya, ramai netizen meragui kelambatan BDS dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian yang telah mencetuskan imej negatif terhadap KFC tempatan.
Ada yang bahkan enggan membeli produk KFC kerana bimbang dituduh menyokong negara yang dipertikaikan itu.
“Kenapa BDS tidak mengeluarkan kenyataan sebelum ini? Mereka biarkan KFC ditutup sehingga isu boikot disentuh dalam Khutbah Jumaat di Perak? Yang penting, kita perlu berboikot dengan ilmu dan pengetahuan yang mencukupi,” komen seorang netizen.
“Kenapa kelambatan dalam mengeluarkan kenyataan? Kasihan KFC, saya nasihatkan kawan-kawan saya untuk tidak berboikot KFC kerana saya simpati kepada pekerja-pekerja mereka,” tambah netizen lain.
“Bodoh betul, KFC hampir bangkraps baru BDS keluarkan mereka dari senarai,” luahan hati seorang lagi netizen.
“McD Malaysia sebenarnya tidak perlu digesa untuk berboikot. Mereka tidak ada kaitan langsung dengan McD Israel.
BDS Malaysia perlu melakukan penyiasatan sebelum mengajak orang ramai untuk berboikot,” komen netizen lain yang prihatin terhadap McD Malaysia yang turut terkesan walaupun tidak berkait dengan Israel.
Walau bagaimanapun, ada juga yang merasa lega kerana sudah jelas dengan status KFC dan akan memberi sokongan kepada KFC tempatan.
BACA: Dulu kebal kini tidak lagi, pusat pelacuran akhirnya digempur selepas 30 tahun